Di sekolah,riuh rendah kedengaran.Ada pelajar sedang bergaduh di padang belakang sekolah.Suria berlari cemas ke tempat kejadian.Hanif bergaduh lagi dengan Boy,pelajar dari tingkatan 5.Boy merupakan anak orang kaya yang suka membuat hal di sekolah.Dia juga merupakan pelajar sekelas dengan Suria.
“Sudah.Hanif sudah!Lepaskan dia!”Jerit Suria sambil menarik Hanif menjauh dari Boy.Namun Boy bertindak kasar cuba untuk menumbuk Hanif.Tumbukannya hampir kena Suria,tetapi tidak tahu dari mana datangnya hero penyelamat ni.Tangan Boy ditepis ke tepi menyebabkan Boy hampir jatuh ke tanah.
“Maaf,sebab masuk campur.Tapi kamu dah lebih.”Seorang pelajar lelaki berpakaian seragam pengawas sekolah segak berdiri tegak di hadapan Boy.”Sejak tadi lagi saya tengok kelakuan kamu berdua.Sekarang ikut saya ke bilik disiplin.”
Suria hampir menyebut nama Daniel kerana terkejut melihat Daniel yang sedang berdiri di hadapannya.Hanif cuba untuk berdiri tegak.
“Bangun sekarang!”Suria menarik Hanif supaya bangun.Dia cuba menyembunyikan rasa malu terhadap Daniel dengan menarik adiknya bangun.
Boy masih tidak puas hati.Sekali lagi dia menerkam ke arah Daniel.Kedua-duanya jatuh di atas rumput.
“Berhenti!Berhenti sekarang!”Suria menjerit supaya berhenti.Dia terpandang mop yang sedang tersandar di dinding sekolah.Lalu Suria segera mengambilnya.Batang mop dicabut lalu mop dilempar kearah Boy dan Daniel.Keduanya berhenti bergaduh dan memandang Suria.
“Berhenti sekarang atau saya yang akan hentikan dengan kekerasan!!!”Suria berdiri dengan memegang batang penyapu di tangannya.Pelajar lain hanya bersorak dari tepi.
Cikgu Nazim,yang juga merupakan guru disiplin melalui tempat kejadian.Semua pelajar terus berpecah melarikan diri meninggalkan tempat kejadian apabila ternampak Cikgu Nazim.Hanya tinggal mereka berempat di situ.Hanif menarik Suria menjauh dari pergelutan Boy dan Daniel.
“Apa yang berlaku kat sini?”Cikgu Nazim memandang wajah pelajarnya satu persatu.Rotan di tangan di genggam kemas.Boy dan Daniel berdiri membetulkan baju.Semua kecut perut.”Kamu bergaduh ye?Apa kamu ingat sekolah ni tempat nak tunjuk hebat lah ye?Nak jadi samseng macam tu?Awak Daniel,baru je bertukar ke sini dah buat hal.”Semua kecut perut.
“Tapi cikgu…”Daniel cuba memberanikan diri memberitahu perkara sebenar yang berlaku.Tapi malang,:
“Kamu semua ikut saya!”
(Ahhh,x dapat di selamatkan.Semua kena.)
***_***
Suria masih tak berhenti mengemas buku-buku di rak kosong dalam perpustakaan. Manakala Hanif sedang duduk diatas meja tepi tingkap.Daniel muncul dengan buku yang banyak di tangan lalu di letakkan di atas meja di hadapan Boy.Kemudian beralih ke arah rak buku untuk mengemas buku-buku yang masih berselerak.
"Woi,anak manja…Asal gaduh jer panggil kakak..Jangan jadi anak jantan la.”Boy pula tidak melakukan apa-apa selain duduk di atas meja sambil menyindir Hanif.Namun Hanif masih menahan geram di hati.Dia tidak berani untuk bertindak lagi.Kakaknya ada di situ.Teruk dia akan kena dengan Suria di rumah nanti.Itu yang lebih dia takut.Sejak tadi Suria hanya berdiam diri dan membuat kerja.Hanif tahu kakaknya sedang marah.Hukuman yang diberikan agak berat kerana mereka terpaksa memindahkan,dan mengemas buku dari stor ke rak di perpustakaan baru.Mereka terpaksa menjalani hukuman ini selama seminggu.
Tiba-tiba Suria menghempas buku.Tak tahan melihat adiknya diejek.Dia mengambil sebuah majalah,menggulungnya lalu memukul kepala Boy.Boy terdiam sebentar kerana terkejut dengan tindakan Suria.Tidak menyangka Suria akan bertindak sebegitu kerana dimatanya Suria seorang yang lemah lembut.Danial juga begitu,namun cuba untuk menahan ketawa kerana melihat keadaan Boy yang terkedu.
“Jangan ganggu adik saya.Dan!!!!Kalau tak nak tolong pun.Duduk diam.Jangan memekak kat sini.Dah cukup sampai setakat ni saya boleh sabar.”Suria kemudian menyambung kerja yang di tinggalkan tadi.Namun berhenti kembali memandang double H(Hanif Hakimi).”Double H,Kamu nak buat kerja tak ni?Kemas buku sekarang atau kakak sendiri yang akan lapor kat papa apa yang berlaku hari ni…Atau kamu nak kakak sendiri yang hukum kamu??”Kata Suria tegas,menggertak.Hanif segera turun dari meja lalu menyusun buku-buku.
Boy tidak puas hati dengan gertakan Suria.Suria tunduk mendapatkan buku di tepi Hanif.Boy menolak buku-buku di atas meja sehingga jatuh.Kebetulan Hanif berada betul-betul di bawah buku-buku berkenaan.
“Hanif!!”Suria yang menyedari keadaan itu segera menjerit memanggil nama Hanif dan bertindak melindungi Hanif.Buku-buku itu jatuh di atas mereka berdua.Namun Suria lebih merasai kesakitan kerana buku-buku itu menimpa badannya terlebih dahulu.Wajah Suria berkerut menahan sakit.
“Double H,adik… tak apa-apa?”Hanya itu yang keluar dari mulut Suria sebelum pengsan.Hanif terkejut dengan tindakan kakaknya.Bila dia berpaling kakaknya telah terkulai layu di atas lantai library.
“Kakak…bangun kak..”Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.Kedengaran seperti 1 bisikan namun jelas pada pendengaran..
Boy juga tidak menyangka bahawa itu yang akan berlaku melutut di sisi Hanif.
“Ma…maafkan aku…Aku tak tahu akan jadi macam ni…”Kata Boy dengan suara terketar-ketar.Hanif tidak dapat menahan sabar.Tubuh Boy ditolak kasar lalu Boy jatuh ke belakang.Daniel cuba menahan Hanif dari bertindak lebih kasar.
“Panggil cikgu….Sekarang!!”Daniel cepat memberi arahan kepada Boy supaya mencari cikgu.Boy menganggukkan kepala lalu berlari keluar dari library sekolah..Mencari mana-mana cikgu yang masih berada pada ketika ini..Kelihatan cikgu Nazim sedang membuka pintu kereta untuk meletakkan buku-buku pelajar…
“Cikgu!!!!”Jerit Boy yang masih berlari..Cikgu Nazim berpaling…..
Suria sedar dari pengsan setengah jam selepas tiba di wad kecemasan namun hanya sekejap,dia kembali tertidur selepas itu..Dia terpaksa di masukkan ke wad untuk penyiasatan samada terdapat kecederaan lain pada badannya.Hanif tidak sudah-sudah menyalahkan diri sendiri.Berkali-kali dia meminta maaf dari kakaknya.
….
Suria mengalami mimpi yang sama lagi,Tempat yang sama,keretapi yang sama dan dia masih kecil menangis ketakutan kerana ditinggalkan di tempat asing.
"Ummi…Ummi…adik takut ummi.Ummi…"Suria teresak-esak menangis di dalam tidurnya..Air matanya mengalir tari tubir matanya.Hanif hanya mampu melihat kakaknya menangis.Dia tahu kakaknya sedang mengigau.Namun dia tak sampai hati mengejutkan kakaknya.Tiba-tiba Suria tersedar.Air mata disapu.Hanif cepat-cepar berpura-pura tidur.
“Adik…Hanif..”Dia cuba kejutkan Double H.Lena sungguh budak ni tidur.
”Double H.”Suria mengambil bantal lalu pukul adiknya.Hanif terkejut sehingga hampir terjatuh dari kerusi.Suria menahan ketawa namun ketawanya pecah bila melihat wajah adiknya yang pucat kerana terkejut.
“Kakak…nak apa?”Soal Hanif sambil menggosok mata..
“Papa tak datang ke dik?”Soal Suria sambil mencari kelibat papa.Hanif bangun.
“Kakak ni ok ke tak, nak air?”soalnya sambil menuangkan air mineral untuk Suria.Sengaja menukar topic.
“Erm..kakak nak solat ni dik.Adik boleh tunggu kat luar tak?”Pinta Suria.Hanif segera faham.kakaknya amat menjaga batas aurat antara mereka sejak tahu bahawa mereka bukan adik beradik kandung.Suria tahu semasa terdengar mama dan papa bergaduh semasa berumur 10 tahun.ketika itu dia baru balik dari sekolah dengan sijil pertandingan nasyid peringkat sekolah.dia ingin tunjukkan pada mama dan papa sijil kejayaan kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.namun semasa dia tiba tiba di rumah mama sedang bergaduh dengan papa.dia takut nak masuk kedalam rumah jadi dia berdiri di luar pintu rumah.
“Dia bukan anak aku,bukan anak kita.kenapa awak nak sangat pelihara dia.Dah dia kena buang letak saja dia kat rumah anak yatim.”Papa memegang kepala.
“Abang jangan cakap macam tu.Suria tetap anak kita walaupun bukan kita mak ayah kandung dia.Insya Allah,bila mak ayah dia datang cari,kita akan pulangkan dia.Sekarang ni dia tanggungjawab kita.”
“Argh…Awak tak faham ker?Dia bukan tanggungjawab kita..Bukan anak kita..Anak kita Hanif .Hanif hakimi.Aku dah cakap,satu hari dia akan susahkan kita macam sekarang.”Papa meninggikan suara.Suria hampir terduduk bila mendengar suara papa.Dia bersandar pada dinding di luar rumah.
“Abang ,hal perniagaan abang tak ada kaitan dengan Suria.jangan nak babitkan dia dalam hal ni.”Mama masih memujuk papa.
“awak tau kenapa dia kene buang?sebab dia ni budak bawa sial..”Papa menghenyakkan punggung di atas sofa.Kedua tangan papa memegang kepala.
“Abang!!mengucap bang.Allah menciptakan kita semua dengan sempurna.Malahan semasa kita masih didalam kandungan semua telah tertulis di luh mahfuz. Rezeki, jodoh,ajal semua telah tertulis untuk kita..."Sebaik mendengar kata-kata mama,Suria keluar dari rumah dan pergi ke rumah ustazah yang mengajarnya mengaji Al-quran.Dia juga mendapatkan nasihat dari ustazah di sekolah supaya berbincang dengan mama dan papanya.Sejak itu dia menutup kepala dan tidak membiarkan sesiapapun melihat helaian rambutnya dan sentiasa berdalih ingin keluar gengan kawan.Dari perwatakan anak gadis,dia berubah menjadi seperti anak lelaki.Malahan lebih banyak memerap dalam bilik.perubahan dia di sedari mama.selepas di terangkan oleh mama,dia menjadi lebih menerima tentang kedudukan dirinya dalam keluarga.
'Siapa aku di hatinya?Anak atau beban?'Suria bermonolog sendiri.Papa yang dari dulu tidak menyukainya.Malahan papa kini sudah berubah 360 darjah sejak peristiwa dia pulang lambat hari itu.Walaupun papa baik sekarang namun dia takut ianya tidak kekal.Mama juga baik sangat sebelum pergi meninggalkannya.Mama meninggal kerana ingin menyelamatkannya dari sebuah kereta yang menuju laju ke arahnya.Mama berjaya menyelamatkannya namun sebagai ganti mama di ambil kembali ke rahmatullah. Malahan pemandu kereta dan isterinya turut cedera parah di dalam kemalangan itu.Dia masih ingat suara papa menjerit memanggil namanya dengan kuat sebelum kemalangan.namun suara papa rendah sekali semasa memangku mama yang nazak,menahan tangisan.
**************************************************************
Sebaik sahaja Suria dibenarkan pulang,dia terus mengemas barang dan pulang dengan teksi.Kepulangannya disambut dengan kejutan yang tidak disangka.Terdapat Along sedang menanti di hadapan rumahnya.Papa tiada di rumah.Hanif dipukul sebelum Suria di ambil dan dibawa bersama mereka.
"Adik,lari dik.Jangan tunggu akak."Kata Suria sebelum kepalanya ditolak masuk ke dalam kereta.
"Kalau kau nak kakak kau selamat bagitau kau punya bapak,bayar hutang dia."Kata lelaki tersebut.Dia masuk ke dalam kereta lalu kereta itu memecut laju ke arah jalan raya.
"Kakak..Kak Suria!!!"Hanif berlari mengejar dari belakang.Namun kereta itu semakin laju dan meninggalkannya jauh dari belakang.Hanif akhirnya terduduk keletihan.
"Kak…kakak.maafkan adik."Dia menangis menyalahkan diri kerana tidak dapat menyelamatkan kakaknya.
"Ali,nanti berhenti kat gerai depan tu.Saya nak beli makanan untuk saya punya bini."Kata kata ketua yang sedang duduk di hadapan.Pemandu yang bernama Ali itu pun memberhentikan kereta.Dia keluar dari kereta lalu masuk ke salah sebuah kedai.
"Wei,kau pegang dia kejap,aku nak pegi tandas la."Kata lelaki yang sedang duduk di sebelah kanan Suria.
"Alah,cepat sikit.Nanti bos marah pula."Jawab seorang lagi yang sedang duduk di sebelah kiri Suria.Suria mula berfikir jika dia mahu melarikan diri,sekarang ini merupakan masa yang sesuai.Sebaik sahaja lelaki kedua hilang di sebalik kedai-kedai,Suria memegang pintu kereta.Lelaki yang sedang memegang tangan Suria sedar.Suria bertindak cepat menendang lelaki tersebut sekuatnya di perut dan bahagian badan lain.Pintu dibuka dan dia mula mengatur langkah seribu.Dia berlari selaju mungkin sehingga dia tiba-tiba terlanggar seorang lelaki.
"Syifaa’,kenapa ni?Kelam kabut je?"Soal lelaki itu.
"Cikgu,kenapa ni?Syifaa’?"wardah Seorang pelajar perempuan berbaju T-shirt labuh bertanya.
"Ada orang kejar saya.Tolong."Kata Suria.
"Masuk dalam kedai baju ni dulu."Arah Cikgu Nazim.Suria menurut.
"Awak?"Keduanya terkejut.
"Suria!"Kata Syifaa’.Baju di tangannya jatuh.
"Awak siapa?"Soal Suria kehairanan.Wajah mereka serupa.
"Ini kakak la.Syifaa’....Ummi mesti gembira dapat jumpa dengan Suria."Kata Syifaa’.Dia memeluk Suria.
"Ummi?"Suria masih tidak dapat mencerna maklumat.
"Cepat cari budak tu!"Kedengaran Suara Ali dari luar."Mampus kita kalau bos tau."
Suria tunduk dan masuk ke dalam baju yang bergantungan.Syifaa’ menurut.
"Apa yang berlaku?"Soal Syifaa’ separuh berbisik.
"Mereka nak tangkap saya."Kata Suria.
"Mari,ikut saya."Syifaa’ menarik Suria ke dalam bilik persalinan.Tudung Suria Ditarik dan diikat supaya menutup kawasan muka Suria.Dia juga membuat perkara yang sama.Kemudian mereka berjalan keluar dari kedai.
"Ingat,apa-apapun jangan panik dulu.Bila kita tiba di bas rombongan sekolah,baru kita akan selamat."Kata Syifaa’.Suria menurut.
"Adik saya macamana?Dia mungkin dalam bahaya.Jika saya berjaya lepaskan diri mesti mereka akan kembali menangkap adik saya."Suria teringat pada Hanif.
"Awak ada sesiapa yang boleh tolong selamatkan adik awak tak?"Soal Syifaa’."Seorang sahabat yang boleh dipercayai."Kata Syifaa’ lagi.Keduanya melangkah masuk kedalam bas.
"Ermm….Encik Danish Hakim."Suria teringat kepada Danish.Kertas yang hampir renyuk di keluarkan dari kocek.
"Bagi saya nombor dia."Syifaa’ mengeluarkan handphone pemberian ummi.Lalu didail no berkenaan.lama barulah ada yang mengangkat.
"Helo?"kedengaran suara lelaki menjawab.
"Encik Danish..Saya,Suria.Kali ini saya perlukan bantuan encik sekali lagi."Kata Suria.
"Apa yang boleh saya bantu?"Soal Danish.
"Adik saya.Encik kena dapatkan adik saya sebelum dia ditangkap Along.Dia ada kat rumah saya sekarang."Kata Suria."Ini alamat rumah saya…"Suria memberitahu alamat rumahnya dengan lengkap.
"Baiklah.kebetulan saya ada berdekatan."Kata Danish.Dia segera memecut ke rumah Suria.Kelihatan Hanif sedang memeluk lutut di tangga rumahnya.Air mata masih belum kering.Danish segera keluar dan menarik Hanif masuk ke dalam kereta.Dalam keadaan terpinga-pinga Hanif mengikut langkah Danish dan masuk ke dalam kereta.
"Jangan tanya apa-apa sekarang sampai kita jumpa kakak awak."Kata Danish sebelum bergerak ke arah jalan raya.Hanif merasa lega bila mendengar kakaknya disebut.Air mata disapu.
"Kakak saya selamat ke?"Hanif ingin kepastian.
"Saya tidak pasti tetapi dia minta saya bawa awak jauh dari rumah supaya Along tak dapat tangkap awak."Kata Danish."Mungkin dia dah berjaya selamatkan diri."Kata Danish lagi.Namun di dalam hati, dia turut risau apabila mendapat tahu Suria diculik.Danish cuba menghubungi nombor telefon tadi.Syifaa’ menjawab panggilan tersebut.
"Maaf sebab dah susahkan encik."Kata Syifaa’ mengakhiri perbualan tersebut.Suria masih kelihatan takut-takut di sebelahnya.Tangan Suria dipegang erat.Dia ingin menenangkan adiknya ini.Mata Suria kelihatan berkaca.Empangan air mata mulai pecah lalu mengalir menuruni pipi Suria.
"Ummi mesti gembira bila dapat jumpa Suria.Kita balik ya?"kata Syifaa’.Suria senyap.Lama,baru dia bersuara.
"Saya nak jumpa adik saya.."Ulang Suria.Suria bangun dan keluar dari bas
"Nanti dulu.Suria dengar dulu apa yang Syifaa' nak cakap ni."Syifaa’ memegang tangan Suria.Erat sekali.Pandangan mereka bertaut.
"Maaf,saya tak kenal awak.Tapi terima kasih kerana bantu saya."Kata-kata Suria membuatkan Syifaa’ terkejut.
"Saya nak jumpa adik saya."Kata Suria lagi.
"Baiklah,Suria ambil telefon ni.Syifaa’ amat berharap kita akan bersatu.Syifaa’ tunggu Suria."Telefon diletakkan didalam genggaman tangan Suria.
"Kalau rindu,telefon ummi."Kata Syifaa’ lagi.Suria turun dari bas sekolah lalu berlari ke tepi jalan raya.Sebuah teksi di tahan.Setelah Suria hilang dari pandangan, Syifaa’ terduduk lalu menangis.
"Maafkan Syifaa' ummi.Syifaa' dah jumpa Suria.Tapi dia belum dapat Syifaa' bawa balik.Dia dah jadi orang lain.Dia dah lupakan Syifaa'."Syifaa' memandang tangannya.Hanya beberapa ketika sahaja dia dapat menyentuh kembarnya.Rasa itu masih belum hilang.Namun Suria kembali tiada dari sisinya.
"Maafkan Syifaa'."Syifaa' meraup tangannya ke muka.Lalu air matanya disapu.
"Syifaa' tunggu Suria."Kata-kata itu seolah berulang kali bermain dimindanya.Telefon Nokia digenggam erat.Raut wajah gadis itu terus melekat diminda Suria.Bunyi telefon memanggil minta diangkat membuatkan Suria memandang skrin telefon.Tertera nama pemanggil.'Ummi'. Suria memandang lama.Tanpa disedari,dia menekan butang menerima panggilan.
"Kalau rindu,telefon Ummi."Kata-kata gadis tadi bermain dimindanya.
"Assalaamu'alaikum sayang."Suara pemanggil membuatkan Suria ingin menangis.Suara itu,seolah telah lama sepi dan merupakan suara yang selama ini dirinduinya.Lembut dan mendamaikan.
"Wa'alaikumussalam,Ummi."Dengan suara bergetar salam dijawab.Suria menahan sebak.Air mata menitis tanpa disedari.
" Syifaa' ok ke?Sekarang kat mana?Jangan pergi jauh dari rombongan ye sayang.Ummi tak nak hilang Syifaa'.Ummi sayang Syifaa'."Suria hanya memasang telinga mendengar luahan ummi.Tiada kata-kata yang dapat keluar dari mulutnya.
"Syifaa'?"Ummi mulai merasa risau apabila tiada balasan dari sana.
"Erm…."Suria menyeka air mata dan cuba untuk bersuara."Maaf sebab buat ummi risau.Syifaa' akan balik."Kata Suria.
"Ummi tak ingin kehilangan lagi.Ummi tak sanggup hilang Syifaa' dari hidup ummi.Seperti adikmu Suria Hana…"Kata-kata ummi terputus.Hanya kedengaran esak tangisan ummi.Suria terkejut apabila nama Suria Hana disebut.Air mata semakin laju mengalir.
"Ummi…"Perlahan sekali suara Suria memanggil.Tiba-tiba talian terputus.
"Jangan sedih….Suria selamat.."Kata Suria sambil memandang telefon di tangannya.Skrin menunjukkan tiada signal diterima.
"Semoga Allah bersamamu,anakku…"Ummi meletakkan telefon.
Apabila tiba dirumah Danish,Suria disambut oleh Aini.Bidadari kesayangan Danish itu tersenyum riang apabila terjumpa dengan Suria.
"Duduklah dulu..Mungkin abang dalam perjalanan balik sekarang."Kata Aini.
"Aini buatkan air untuk Suria,ek?"Aini kemudian berlalu ke dapur.
Mata Suria mula memberat akibat keletihan berlari ke sana sini menyebabkan Suria mengantuk.Tidak lama selepas itu,Suria tertidur diatas kerusi empuk itu.Dia tidak sedar kepulangan Danish bersama Hanif.Aini menarik Danish ke ruang dapur.
"Apa yang berlaku,abang?"Soal Aini ingin tahu.
"Nanti abang akan ceritakan.Sediakan bilik tetamu.Suria dan Hanif akan tidur disini malam ni."kata Danish.
"Abang nak naik mandi dulu…"Danish berlalu ke tingkat atas.Meninggalkan Aini yang masih tertanya-tanya.Namun dia tidak mahu tetamu abangnya tidak selesa.
Hanif berdiri di hadapan Suria yang sedang lena tidur.Dia merasa bersalah kepada kakaknya.Dia merasakan masalah yang menimpa disebabkan olehnya dan papa.Baru semalam Suria dihempap buku kerana dia.Hari ini hampir diculik kerana papa.Didalam hatinya Suria ibarat cahaya yang sentiasa bersinar.Tidak pernah malap dalam menyuluh semangat.
"Kakak….Maafkan Hanif…Dan…Papa.."Hanif duduk diatas kerusi kemudian tunduk memegang kepala.Aini muncul dengan pakaian bersih untuk Hanif.
"Adik,Pergilah mandi dan rehat dulu.Bilik,kakak dah kemas..Yang kat sebelah tangga tu."Kata Aini sambil menunjukkan ke arah bilik.
"Terima kasih…erm,kakak saya.."Hanif memandang Suria.
"Nanti kakak kejutkan dia."Kata Aini memahami niat Hanif.
"Terima kasih kak."Kata Hanif kemudian berlalu ke bilik.Aini tidak sampai hati mengejutkan Suria yang kelihatan lena sekali.
"Kejap lagilah…Biar dia rehat dulu."Kata Aini sambil menyelimutkan Suria.
Danish turun ke ruang tamu untuk mencari Aini.Dia terpandang Suria yang masih tidur di ruang tamu.Cahaya lampu yang menyuluh ke arah Suria membuatkan dia kelihatan cantik sekali.Tiada aurat yang terdedah.Hanya raut wajah yang kelihatan.'Macam bidadari'.detik hatinya.
"Macam bidadari cahaya.Kan abang?"Aini menegur dari belakang menyebabkan Danish hampir kena serangan jantung.
"Ya Allah.Jangan buat abang terkejut macam ni.Bagi lah salam dulu."
"Assalamualaikum."Kata Aini.
"Hmm…Wa'alaikumussalam.Kenapa gelap je ruang tamu ni?"Danish perasan lampu tidak dipasang.Azan berbunyi menandakan waktu solat fardhu Maghrib telah masuk mengejutkan Suria yang sedang tidur.
"Ya Allah..Astaghfirullahal 'azim."Suria meraup muka.Danish dan Aini memandang ke arah Suria.Suria segera berdiri.Namun Suria tidak dapat mengimbangkan badan.Kepalanya pusing,kakinya lemah.Dia hampit terjatuh tetapi sempat disambut oleh Aini.Danish sendiri terkejut melihat keadaan Suria.
"Awak tak apa-apa ke ni?"Riak risau jelas kelihatan diwajahnya.Wajah Suria pucat sekali.
"Suria ok?"Aini membantu Suria agar kembali duduk.Hanif keluar dari bilik dengan berpakaian lengkap baju Melayu dan kopiah putih.Dia sudah bersedia untuk solat.Sebaik melihat mereka yang masih berada diruang tamu,Hanif mendekati mereka.
"Hmm..Ok.Mungkin sebab berdiri tiba-tiba,jadi tak dapat nak imbang badan."Suria senyum.Kemudian dia memandang keluar rumah dan suasana dalam rumah."Sudah maghrib ke?Ya Allah,Suria tertinggal solat asar."Suria meraup mukanya lagi sekali.Dia hampir menangis.Hanif segera mencelah.
"Kat sini ada masjid tak?"Soal Hanif.Semua memandang ke arah Hanif.
"Ada.Kat hujung blok ni.Selang 3 buah rumah dari sini."Kata Danish.Terus terang dia tidak pernah ke masjid itu.Solat pun belum tentu sempurna.
"Kalau macam tu,kakak boleh pergi bersiap sekarang.Kita pergi masjid."Kata Hanif.Dia cuba untuk menghibur kakaknya.Aini menekan suis lampu lalu ruang tamu terang benderang.Suria kembali bangun.
"Suria boleh ikut Aini.Nanti Aini bagi baju dan telekung."Kata Aini sambil memegang tangan Suria.Mereka berpimpimpinan tangan menuju ke bilik Aini di tingkat atas.
"Tadi Suria tidur.Aini jadi tak sampai hati nak kejutkan Suria.Aini tak tahu..Maafkan Aini."Kata Aini.
"Tak apa.Aini tak salah.Ini antara Suria dengan Allah.Semoga Allah ampunkan Suria.Dan tentulah Suria kena jelaskan hutang Suria dengan Allah."Kata Suria.Dia senyum ke arah Aini.Tak salahkan kalau tenangkan hati orang.Aini memandang Suria kehairanan.
No comments:
Post a Comment