Suria tiba di rumah yang besar.Tengahari itu dia akan membayar ganti rugi kepada pemilik kereta itu.Loceng ditekan.'Mana tuan rumah ni?Kereta ada.'Suria menekan loceng berkali-kali.
Tidak lama selepas itu,keluar seorang remaja perempuan.Cantik bertudung, nampak sopan.Remaja itu menghampirinya.
"Assalamualaikum.Saya Suria."Suria memperkenalkan diri.
"Waalaikumussalam warahmatullah.Saya Aini.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?Nak jumpa dengan siapa?."pintu pagar dibuka.
"Er..saya nak jumpa encik…,"Suria mengeluarkan kad nama yang sudah renyuk.,"Danish Hakim."Nama yang tertera dibaca.
"Oh,nak jumpa dengan abang Long.Masuklah.,"Aini mempelawa Suria masuk.Suria masih mengagumi rumah besar itu.
"Tunggu sekejap ye..Saya panggil abang saya.Duduklah dulu.,"Aini meninggalkan Suria do ruang tamu.
'Cantiknya..'Suria terpandang taman kecil di sudut di luar tingkap.
Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri taman itu.Terdapat mini air terjun.Airnya sejuk.Suria ralit bermain air.Tanpa disedari terdapat sepasang mata sedang melihatnya.
"Hai,takkan dah berangan nak jadi puteri kot…,"Suria terkejut apabila terdengar suara garau itu.Dia kenal suara itu.Suara itulah yang mengherdiknya di khalayak ramai.
"Er,saya tak berangan untuk jadi tuan puteri.Saya ke sini untuk membayar ganti rugi sebab rosakkan kereta encik hari tu.,"Suria menghulurkan sampul yang berisi wang kepada Danish Hakim.
"Awak dah lambat bayar.Jadi bunga dah bertambah.,"Danish yang hanya memakai track suit hitam putih itu duduk.Suria pula terkejut dengan kata-kata Danish ,dia terasa lututnya longgar.Tapi digagahkan juga untuk terus berdiri di hadapan Danish.
'Walaupun aku tidak sekuatmu tapi aku tidak lemah seperti yang kau sangka.'Hati Suria membisikkan kata-kata semangat agar dia terus berdiri.
"Riba tu dosa,abang.Tak baik abang buat macam tu kat Suria.,"Aini muncul dengan minuman di tangannya."Jemput minum Suria.,"pelawanya lembut.
"Er,terima kasih.Tapi tekak saya tak terasa dahaga.,"kata Suria.Dia ingin segera keluar.
"Orang dah bagi tu,terima ajelah..Pasal ganti rugi tu tak payahlah,kereta tu dah siap dibaiki.,"Danish bangun dan tinggalkan adiknya dengan Suria di ruang tamu.
"Sila terimanya bagi pihak abang awak.Sekurang-kurangnya beban hutang saya semakin ringan.,"kata Suria sambil menghulurkan wang itu kepada Aini.
"Kalau awak ingin ringankan beban awak,bersahabatlah dengan saya.,"Aini menghulurkan tangannya.Suria menjadi serba salah.Wajah Aini ditatap.Lembut dan mendamaikan.Tangan Aini disambut.Masing-masing senyum.
"Tak sangka En.Hidung Tinggi ada adik macam bidadari.,"kata Suria.
"Yang cari gaduh dengan abang saya pun bidadari jugak,."kata Aini.Masing-masing ketawa.Danish senyum.Buat pertama kali selepas kematian ibubapa mereka,Aini ketawa.'Cantiknya adikku'.Dia mula tertarik terhadap Suria.Suria yang akan menerangi dan memberikan buih-buih keceriaan kepada adiknya.Aini tidak kekok berbicara dengan Suria.Malahan dia senang bercerita tentang kematian ibu dan ayah mereka akibat kemalangan semasa dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang selepas menunaikan fardhu haji di Mekah.
Petang itu,Suria pulang ke rumah.Ruang tamu yang berselerak dengan surat khabar,beg sekolah dan kusyen dipandang geram.Dicarinya adiknya yang seorang itu.Kedengaran riuh didapur.Rupanya mereka sedang makan nasi dengan sardin.Berselera sekali.
"Akak dah balik..Cepat masak,kami lapar."Pinta hanif.
"Ai…Dah habis seperiuk nasi lapar lagi?"Hilang marahnya apabila melihat wajah papa dan adiknya yang kelaparan.
"Alaa…papa makan banyak.Adik tak makan lagi."Hanif menyalahkan papa.
"Papa tak salah.Nasi dah memang sikit.Lagipun papa tak makan sarapan pagi tadi.Hajatnya nak makan kat rumah .Dah lapar..makan je apa yang ada."Kata papa lagi.
"Okey..Hmm..Suria akan masak.Dengan syarat,kemaskan ruang tamu.bersepah sangat.Kakak keluar kejap je.Baru je kemas dah bersepah balik.Main perang-perang ke?macam budak-budak."Periuk nasi diambil.Papa dan Hanif menuju ke ruang tamu sambil buat muka tak bersalah.Kisah semalam seolah terpadam terus dari hidup Suria dan papa.
"Macamana kakak tahu?"Bisik Hanif.
"Itulah tadi papa dah suruh kamu kemas.Macam mak nenek dia berleter.Kan?"Bisik papa kembali.
"Suria dengar tu!"Laung Suria dari dapur."Hanif,beg sekolah simpan dalam bilik."Kata Suria lagi.Papa menjenguk ke dapur.
"Papa dah belikan ayam,ada dalam peti ais.Sayur pun ada sekali."Kata papa lalu kembali ke ruang tamu.Hanif sedang menyusun kusyen di kerusi.Papa mengutip surat khabar di atas lantai.Beberapa minit kemudian ruang tamu kelihatan kemas dan teratur.
Suria membawa tomyam dan nasi ke ruang makan.Hanif mengambil jag air dan gelas.Suria kembali ke dapur mengambil sayur goreng.
"Hmm..Wanginya bau.mesti sedap."Kata papa lau duduk bersila di meja makan.Meja makan yang rendah gaya meja Jepun itu mempunyai banyak kenangan indah antara mereka.Mama tidak mahu Suria merasa tersisih semasa mula-mula dia tinggal di rumah itu telah membeli meja makan ini.Waktu itu,Suria berumur 5 tahun.
"Peliklah papa ni.Kenapa nak tunggu Suria balik dulu?Selalunya masak sendiri.Kenapa hari ini nak Suria masak?"Soal Suria hairan.
"Sebab Hari ini Hari Ibu.Papa nak sambut sebab dah lama papa jadi ibu kamu berdua."Kata papa.
"Ohh….Hari Bapa papa sambut,hari lahir papa sambut,hari raya lagi.Hari Ibu pun nak sambut juga.Spesial papa kita ni."Kata Hanif sambil menghulurkan pinggan ke pada Suria.
"Papa,kan papa serba boleh.jadi banyak la penghargaannya."Kata Suria.Papa angkat ibu jari kepada Suria.Hanif mencebik.
"Hari lain papa ingat.Hari lahir kak Suria macamana?tak pernah sambut pun."Kata Hanif.
"Hari lahir akak,tak sambut pun tak apa.Jom makan."Suria cuba menceriakan suasana, walaupun hatinya sebak.Siapa ibu dan ayahnya,dia tidak tahu.Namun dia ingat kepada seorang kanak-kanak yang seiras dengannya.Ini kerana hanya memori itu yang lekat di mindanya.mimpi yang sama akan hadir saat dia bersedih.Namun dia tidak dapat bezakan samada itu mimpi atau realiti.
"Hmm..Apa yang akak masak hari ni,yea?Bau wangi tapi rasa tu,tak tau la."Hanif Hakimi mengambil lauk lalu diletakkan di dalam pinggannya.
"Amboi..komen..Tak sedap tak payah makan.,"Suria mengambil pinggan nasi Hanif.
"Jangan gaduh depan rezeki.Duduk dan makan elok-elok.,"Papa menceduk kuah ke dalam pinggan nasinya.
"Er..papa,doa?"Suria bertanya bila nasi hampir masuk ke mulut papa.
"اسثغفر الله"Papa meletakkan nasi kembali ke dalam pinggan.,"siapa yang nak baca?,"soal papa.
"Hanif!,"kakak!"Suria tersentak.
"Ok,baca sama-sama.,"papa tadah tangan lalu doa dibacakan bersama Suria dan Hanif.
*****************************
"Ummi.selamat hari ibu.Ini hadiah dari Syifaa’.,"Syifaa’ memberi hadiah kepada Suhaila lalu mencium tangan Suhaila.
"Ampunkan dosa Syifaa’,maafkan kesalahan Syifaa’ yang tidak sengaja atau yang sengaja Syifaa’ buat yang mana melukakan hati ummi.,"tutur Syifaa’ ikhlas.Dua hadiah diletakkan di atas meja Ummi.Satu mewakilinya dan satu lagi mewakili Suria.
"Anak solehah ummi.Ummi maafkan.,"dahi Syifaa’ dikucup lembut."Dah tengah malam ni,pergi tidur esok sekolah.,"Suhaila meletakkan hadiah di atas meja.Dia masih belum menyiapkan kerja yang bertimbun di meja kerjanya.
"Ummi pun jangan tidur lambat sangat.Ingat buka hadiah tu.,"Syifaa’ mencium pipi umminya kemudian berlalu ke biliknya di sebelah bilik umminya.Suhaila memandang bungkusan hadiah sekilas kemudian menyambung kerjanya yang terbantut.
Jam menunjukkan 4.30 pagi.Suhaila terlelap di mejanya.Komputernya masih terpasang.Syifaa’ bangun dari tidur untuk qiamullai.Sewaktu melalui bilik umminya,dia terpandang umminya yang terlelap di meja.Tidak sampai hati untuk mengejutkan,diambilnya selimut lalu diselimutkan umminya.Suhaila tiba-tiba tersedar.
"Uhm..Syifaa’ tak tidur lagi?,"Soal ummi mamai.
"Syifaa’ baru bangun,"selimut dibetulkan
"Uhm.."ummi bangun lalu kembali menyambung tidurnya diatas katil.Syifaa’ menatap wajah ummi penuh pengertian.Wajah ummi yang keletihan tampak tenang sekali.Syifaa’ membetulkan lagi selimut umminya.Sesekali dia menggelengkan kepala.Entah siapa yang jadi ibu.Mungkin watak mereka telah bertukar.Dahi ummi dicium.'Sayang ummi.'Syifaa’ senyum lalu keluar dari bilik ummu setelah memadamkan lampu.Setelah selesai membersihkan diri dan mengambil wuduk.Syifaa’ memulakan dengan solat tahajjud.
Nazim masuk ke biliknya selepas ke tandas.Dia membuka biliknya lalu terlihat Syifaa’ yang sedang khusyuk solat.Langsir yang tersingkap sekali sekala ditiup angin membolehkan dia memandang Syifaa’ yang sedang solat.Hatinya turut tertarik untuk solat.
'Pada waktu ini Allah SWT telah membuka pintu rahmatnya untuk memakbulkan doa.Pintu taubat dibuka seluas-luasnya.'hatinya berbisik.Nazim ke tandas kembali untuk mengambil wuduk.Kemudian dia turut melaksanakan solat sunat tahajjud..
****************************************
Suria tidak dapat tidur.Dia ke tandas lalu berwuduk.Kemudian dia mencapai tafsir al-quran lalu membacanya.Selepas membaca beberapa helai,dia mulai mengantuk lalu kembali tertidur sambil memeluk tafsir tersebut.
Suasana pagi yang sunyi membaluti lenanya namun tidak lama,tiba-tiba Hanif mengetuk pintu biliknya.Perlahan-lahan Suria bangun dari katilnya.Sebaik sahaja pintu dibuka,Hanif jatuh terduduk menahan sakit.
"Adik,kenapa ni?,"soal Suria sambil memandang wajah Hanif yang berkerut manahan sakit.Perutnya ditekan.
"Sakit kak.,"kata Hanif perlahan.
"Papa!,"Suria memanggil papanya kemudian dia berlari ke bilik papanya.Puas diketuk tetepi tiada reaksi.Pintu dibuka.Papa tiada.Suria tidak tahu harus menghubungi siapa.Entah kenapa pada waktu itu mindanya buntu.Hanif dipapah ke sofa di ruang tamu.Tiba-tiba dia teringat kepada Danish.Dengan pantas dia mendail nombor telefon tersebut.
"Em..siapa ni?,"kedengaran suara Danish yang masih mamai.
"Tolong…tolong saya.Saya Suria,adik saya sakit.,"tutur Suria terputus-putus.
"Suria mana pulak ni.?"Danish cuba mengingat nama itu.
"Yang calarkan kereta encik.Saya perlukan bantuan.Tolong.adik saya sakit.,"tutur Suria lagi.
"Hah..?"Danish bingkas bangun."Bagi alamat awak."Danish mengambil pen dan menulisnya."Ok,saya akan sampai sekejap lagi."Danish terus mengambil kunci keretanya.
***************************************
Suria tertidur di ruang menunggu.Sebaik sahaja tiba di ruang kecemasan,Hanif segera dimasukkan ke dalam bilik pembedahan kerana didiagnoskan menghidap acute apendicitis.Danish bersandar di dinding menghadap Suria.Dia tidak dapat melupakan wajah cemas Suria semasa menyambutnya.Gadis itu masih berpakaian solat yang berwarna putih.Hanif dimasukkan ke wad.Suria kemudian mengiringi Hanif dan menemani Hanif.AkhirnyaSuria tertidur disisi Hanif yang terlantar dikatil.Danish duduk dikerusi yang terletak di luar wad.Demi tidak ingin mengganggu Suria yang sedang tidur,Danish meninggalkan nota di sisi Suria,lalu keluar untuk pulang dan bersiap ke tempat kerja.
Suria dikejutkan oleh seorang jururawat.Dia terlihat nota yang ditinggalkan oleh Danish.
(TELEFON SAYA JIKA PERLUKAN BANTUAN.SEMOGA ADIK AWAK CEPAT SEMBUH-Danish Hakim)
2001
Deringan telefon mengganggu konsentrasinya yang sedang menggembur tanah untuk pokok bunga Ros yang baru dibeli minggu lepas.
“Suria!!!Mana budak ni?”Puan Mariah menyapu peluh di dahinya.Dia sedang berkebun di kebun bunga kesayangannya.Itulah rutinnya bila ada masa lapang.”Suria!Tolong angkat telefon tu..”
“Ya,Mama.Kejap!!!”Kelihatan seorang gadis berlari-lari anak ke arah telefon.Telefon di angkat.”Assalaamu’alaikum…..Oh!Papa.Suria ni.Mama kat taman.Sibuk la,macam biasa.Hehehe..”Kedengaran Suria ketawa kecil.
“Bila papa nak balik?”Entah dari mana si double H ni keluar.Hanif Hakimi mengambil telefon dari tangan Suria.Suria cuba untuk mendapatkan semula telefon dari Hanif.
“Bagi balik telefon tu.Papa nak cakap ngan kakak la.Bkn ngan adik..”Kata Suria sambil berusaha untuk dapatkan telefon dari Hanif.
“Okey papa.Nanti bila dah nak balik papa call balik k,bye….”Gagang telefon diletakkan.Hanif menjelirkan lidah kepada Suria,lalu berlalu ke taman.Suria ke dapur dalam keadaan marah.Dia ingin ambilkan minuman untuk mamanya.
“Mama,papa akan balik lusa.papa cakap ada kerja cikit lagi.Nampaknya papa balik lambat dari birthday adik.”Hanif memberitahu mama yang sedang sibuk menggemburkan tanah dalam pasu bunga.
“Jangan risau,birthday adik,kita sambut bila papa dah balik,ok…”Suria muncul dengan segelas air Sunquick.”Atau tak payah sambut langsung.Bukannya penting sangat pun.Yang penting mama ngan papa sayang adik.”Air Sunquick yang sejuk di letakkan di atas meja di hadapan Hanif.Tanpa berlengah,Hanif terus minum.
“Itu air untuk mama,lah.Jangan minum!”Suria memegang tangan Hanif yang memegang gelas.Air tumpah dan hanya tinggal sedikit di dalam gelas.
“Isy,kamu berdua ni,mama cubit karang.Macam budak-budak gaduh.tengok tu,habis tumpah air tu.bersihkan sekarang.”Mama bangun untuk membetulkan pinggang.Lenguh barangkali duduk bertinggung terlalu lama.
“Kakak,bersihkan!Kakak yang tumpahkan air ni tadi.”Hanif ingin terus masuk ke dalam perut rumah,namun,Suria lebih cepat memiat telinganya.”Aaa,aaa..sakit kak.”
“Siapa yang nak bersihkan sekarang?”Soal Suria.hanif tunduk mengambil kain untuk lap air yang tumpah.
“Double H,Adik!.”Hanif tunduk mengambil kain yang tergantung di tepi kerusi lalu mengelap lantai.Suria terjerit kecil.
“Double H,tu kerja sekolah akak!Mama!”Suria mengambil kain yang sepatutnya dijahit menjadi beg untuk digantung di dinding.Kerja sekolah untuk KHB.
“Hanif!!!”Mama bercekak pinggang.Hanif telah lesap melarikan diri.Puas kerana dapat mengenakan kakaknya…Suria hampir menangis.
2005
Suria mengesat air mata.Kini semua kisah mama hanya antara kenangan bersama mama semasa mama masih lagi ada.Kubur mama dibersihkan.Selesai membaca Yasin,Suria ‘bercakap’ dengan mama.Semua yang ingin diluahkan kepada papa,diluahkan kepada mama.
“Mama,apa patut Suria buat?Papa dah tak sayang kami lagi.Papa tak ambil tahu pun tentang keadaan kat rumah.Keadaan adik semasa jatuh sakit pun papa tak ambil peduli.Mama,adik pun dah tak macam dulu lagi.Mama,kenapa mesti mama yang pergi dulu?Kenapa bukan sebab Suria.Kalau mama tak selamatkan Suria,tentu mama tak pergi dulu dari kami.Tentu papa tak macam sekarang.Tentu adik tak macam sekarang.Kenapa?”Suria menangis sepuasnya.
“Tak elok meratapi orang yang dah pergi.”Muncul seorang lelaki yang berkopiah putih,berbaju melayu biru tua dan berseluar kelabu di hadapan Suria.Suria menyapu air matanya yang masih belum berhenti mengalir.
“Awak?”Soal Suria.Walaupun dia terkejut dengan seorang ajnabi yang tiba-tiba muncul,namun dia cuba menahan debaran dan malu kerana dilihat oleh ajnabi itu ketika sedang menangis.Air mata di sapu.
“Ya saya…” Danish duduk di hadapan Suria.
Wajah Danish kelihatan tenang.Dia duduk menghadap Suria.Tangannya mencabut rumput-rumput kecil di tepi kubur ibu Suria.”Semua ni takdir.Tak elok kita menyalahkan takdir.Berdosa.”
“Saya tak salahkan takdir.Saya cuma tak tahan dengan hidup saya sekarang.”Kata Suria jujur.Dia bangun lalu menggulung tikar,ingin berlalu pergi.Di dalam hati,dia memuji ketabahan lelaki dihadapannya,dan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu.Dugaan yang menimpa dirinya dirasakan tidak seberapa berbanding dengan Danish.
“Mengeluh,menyalahkan diri sama seperti menyalahkan takdir.Seolah awk menyalahkan qada’ qadar yang dah ditentukan oleh Allah SWT.Setiap yang berlaku adalah ujian dari-nya dan ada hikmahnya.”Danish berdiri.Suria ingin melangkah meninggalkan Danish yang berdiri di sisi kubur ibunya.
“Awak,saya rasa kita akan jumpa lagi!”Walaupun Danish tidak menuturkan dengan kuat,namun cukup untuk sampai ke telinga Suria.Mukanya merah kerana malu,kakinya melangkah semakin laju meninggalkan tanah perkuburan.Air mata yang tersisa disapu dengan hujung lengan baju.Di dalam hati dia mengakui kebenaran dalam kata-kata Danish.Hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Danish.
****************************************
Syifaa’ merasa tidak selesa.Kepalanya pening,sakit.Kemudian dia mula merasa melayang di udara.
“Bukk,..Kuk!!”Syifaa’ jatuh lalu kepalanya terhantuk pada kaki meja sekolah.Pengsan.Teacher Rozita kebetulan melalui tempat kejadian membantu membawa Syifaa’ ke Klinik Pasir Mas.
**Kenapa suasana berbeza sekali disini?Putih,kosong.Syifaa’ berjalan melalui jalan yang panjang dan sunyi.Tiada seorang pun di sini.Tiba-tiba dia terpandang ada seorang remaja perempuan sepertinya yang sedang dalam keadaan yang sama dengannya.Seperti sedang mencari sesuatu,mungkin seseorang.
“Assalaamualaikum!”Salam diberi supaya orang disana mendengar suaranya.Apabila remaja itu berpaling,Syifaa’ terkejut.Wajahnya sama dengan wajahnya.Gadis itu turut menunjukkan reaksi yang sama dengannya.
“Wa’alaikumussalam.”Salam tetap di jawab dengan lembut.Keduanya tidak berganjak dari tempat berdiri.Saling tidak berkata namun seperti dapat membaca isi hati masing-masing.Syifaa’ seolah dapat merasakan bahawa gadis itu sedang dalam musibah.
“Syifaa’/Suria”Mereka berkata hampir serentak.Kemudian saling senyum..Tiba-tiba bayangan gadis itu semakin kabur dan menghilang di sebalik kabus tebal.**
“Syifaa’,sayang…”Kedengaran di telinganya suara ummi yang lembut berulang kali memanggil namanya.Perlahan-lahan kelopak mata di buka.Kelihatan wajah ummi yang lembut tersenyum padanya.
“Syifaa’ kat mana ni ummi?”Syifaa’ meraba kepalanya yang masih berdenyut,berbalut.
“Hospital,sayang.”Ummi usap kepala Syifaa’.Dahi Syifaa’ dikucup lembut.Syifaa’ kembali tidur.Kepalanya masih terasa berat.
Suhaila baru selesai melakukan solat hajat untuk anak-anaknya di surau hospital.Dia memanjatkan doa ke hadrat Ilahi.
Doktor mendiagnoskan Syifaa’ menghidap anaemia dan kekurangan rehat menyebabkan badannya terlalu letih.Alhamdulillah,kepalanya hanya luka ringan dan tidak memerlukan jahitan.Syifaa’ dibenarkan pulang pada hari itu juga.Sebaik tiba di rumah ummi segera menghantar ke bilik untuk rehat.Walaupun di wajah ummi terlukis senyuman manis menenangkan,namun dia tahu apa yang ada di hati ummi.
Suhaila sedang risau bukan hanya tentang Syifaa’,tetapi juga tentang kembar Syifaa’, Suria Hana.Ini kerana jika Syifaa’ sakit,mungkin juga bermakna Suria turut sakit.Siapa yang sedang berada disisi anaknya itu??Apakah dia sedang bersedih sekarang??
*******************************************************
Syifaa’ ke sekolah seperti biasa.Hari ini ada lawatan ke Melaka.Syifaa’ turut terpilih.Cikgu Nazim merupakan ketua guru bimbingan sepanjang lawatan ke Melaka.Cikgu Nazim disenangi kerana sikapnya yang cool.
"Cool,cool jugak.Jangan sampai saya meletup sudah.Kalau ada diantara kamu yang nak tengok saya meletup,buat hal dan saya akan bagi perintah berkurung."itulah antara kata-kata Cikgu Nazim semasa memberi taklimat kepada peserta.Setiap pelajar diberikan surat kebenaran lawatan yang perlu ditandatangani oleh penjaga.Syifaa’ teruja kerana dapat mengikuti lawatan tersebut.Namun dia risau samada ummi akan membenarkan dia mengikuti lawatan tersebut.Ini merupakan kali pertama dia akan berjauhan dengan Ummi.
Syifaa’ cuba memberi keyakinan kepada Ummi bahawa dia akan selamat pergi dan kembali.Namun ummi masih berkeras tidak membenarkan.Syifaa’ akhirnya meminta Cikgu Nazim bercakap sendiri dengan ummi.Malahan Mak cik Bibah dan Pak cik Hamid turut meyakinkan ummi.Akhirnya ummi bersetuju walaupun kelihatan agak keberatan.Ummi memberi peringatan supaya jangan terpisah dari kumpulan lawatan.Malahan Ummi juga meminta Cikgu nazim menjaga Syifaa’ dengan rapi.Ummi risau akan kehilangan buah hatinya untuk kedua kali.Cukuplah dengan kehilangan Suria.Syifaa’ tahu itu,namun dia ingin sekali mengikuti lawatan seperti temannya yang lain. Entah kenapa,dia merasakan bahawa dia akan berjumpa dengan seseorang yang lama terpisah melalui lawatan ini.Mungkin mimpi yang di alami sejak beberapa hari lalu akan menjadi realiti.Mimpi dia berjumpa dengan Suria.Semakin dia memikirkan tentang lawatan itu dia menjadi ceria.
No comments:
Post a Comment