Wednesday 31 August 2011

Sutera Kasih Bab 4


IMBAS KEMBALI…..11 tahun sebelumnya.

Jam menunjukkan 6.15 pagi.Suhaila sedang sibuk bersiap untuk ke restoran milik papa.Adik-adiknya masih belum bangun dari tidur.Syazwan,Syazwiana dan Syahrain.Pintu mereka diketuk berkali-kali.bila pintu dibuka kelihatan Syazwan masih berbalut dalam selimut.Selimut di tarik.
"Bangun..Dah lambat dah ni."Kata Suhaila sambil menarik selimut dari Syazwan.
'Aku tak nak bangun lagi la.'Syazwan menahan diri.badan dikeraskan.Suhaila berusaha menarik lagi sehingga akhirnya Syazwan jatuh dari katil.
"Akak…Bagi la Wan tidur 5 minit je lagi."Syazwan naik semula ke atas katil.Suhaila melepaskan selimut.'Dah tingkatan 5 pun buat perangai lagi.'Kemudian beralih ke bilik Wiana dan Syahrain.Masih comel berbalut dalam selimut juga.Suhaila mula tak tahan sabar.
"Bangun sekarang!!!"Suhaila menjerit.Ma turut terkejut mendengar suara Suhaila menjerit.Dia baru sahaja selesai solat subuh.
************************************************
"Dia dah start dah."Adam Hakim menutup telinga dengan bantal.Jiran barunya ini memang akan bising bila pagi menjelma.'Diorang ni,tak ada morning blues ke?Baru lepas cuti.'
"Cepat…akak nak pergi dah ni…!"Suhaila Hana menjerit dari luar rumah.Adam Hakim menjenguk ke luar tingkap.Kelihatan seorang gadis sedang mengangkat beg-beg sekolah adik-adiknya.Syazwan keluar dengan menaiki basikal.Manakala Syazwiana dan Syahrain berjalan ke stesen bas bersama kakaknya.Suhaila akan menghantar keduanya ke sekolah sebelum ke tadika.Syazwiana sekarang 11 tahun manakala Syahrain 9 tahun.Mereka belajar di sekolah yang sama.Oleh itu,memudahkan Suhaila menghantar mereka berdua bersama.
'Hmmm.cantik juga perempuan ni..Tadi tu suara dia ke?'Adam Hakim memandang gadis bertudung dan berbaju kurung biru muda itu lalu membetulkan rambut yang kusut dan membetulkan badan.bayu pagi menghilang rasa mengantuknya.Dia melakukan regangan sebelum kembali masuk ke dalam bilik.bersiap untuk ke hotel.

Suhaila berjalan kearah restoran untuk berjumpa dengan Ayah.Dia ingin memujuk Ayah pulang ke rumah.Sudah hampir seminggu Ayah tidak balik kerana bergaduh dengan Ma.Keadaan restoran yang semakin merudum merupakan sebab Ayah kurang beri perhatian kepada keluarga.Tiba-tiba Suhaila terlanggar seorang lelaki yang sedang tunduk mengambil kunci kereta yang terjatuh di atas lantai.
"Aduh,duh,duh…"Lelaki itu jatuh.
"Maaf,maaf,maaf…"Suhaila meminta maaf berkali-kali.
Lelaki itu cuba bangun dan memandang Suhaila.
'Perempuan pagi tadi…Cantiknya dia…Dari dekat lagi cantik...'Pandangan di alihkan ke arah lain.
"Maaf.."Kata Suhaila sekali lagi.Tag nama pada tali leher dibaca.'Adam Hakim.'
"Tak apa.."Lelaki itu berdiri membetulkan pinggang.
"Skreeet…..Bang!!!!!"Bunyi yang kuat dari jalan raya mengalih perhatian mereka berdua.Seorang lelaki dilanggar oleh sebuah kereta.Suhaila terkejut melihat bahawa lelaki itu adalah ayahnya sendiri.
"Ayah!!!!!!"Suhaila berlari kearah Ayahnya yang terbaring diatas jalan raya.Kakinya terasa longgar.Kepala Ayah diampu diatas riba.
"Panggil Ambulan!!!!Tolong…panggilkan ambulan.."Air mata laju mengalir di pipi Suhaila.Kereta yang melanggar Ayah terus pecut laju meninggalkan Ayah dalam keadaan berlumuran darah.Baju kurung Suhaila berlumuran dengan darah Ayah.Warna biru kini bertompokan darah merah.Lelaki itu terkedu melihat peristiwa yang berlaku dihadapannya.
"Ayah…ya Allah…jangan ambil Ayahku dariku…"Suhaila berkata sambil mengusap kepala Ayah.
"Hana…sayang…Anak ayah.."Suara Ayah kedengaran lemah.
"Ya..Ayah…Ingat Allah,Ayah….mengucap…ikut Hana sebut…"Kata Suhaila.Dia membisikkan dua kalimah syahadah di telinga ayah.
"Ayah mohon…jaga Ma dan adik-adik….Ayah…mungkin dah tak sempat…bersama dengan…kamu…semua lagi."Kata Ayah dalam keadaan tersekat-sekat.
"Ya…Ayah…Hana akan jaga semua…Ingat Allah,Ayah…Mengucap…Laa ilaaha illa Allaah…"Suhaila membisikkan kalimah syahadah ke telinga Ayah.Dan Ayah cuba mengikut walaupun perlahan dan kedengaran terputus-putus.Tidak lama selepas itu Ayah tidak sedarkan diri.

Suhaila masih bersandar diluar bilik bedah…Air matanya tidak berhenti mengalir.Dibiarkan sahaja ia mengalir..Saat Ma tiba di hospital bersama Syazwan,Suhaila tidak dapat berkata apa-apa.Dia hanya berdiam diri.Seolah dirinya tiada disitu..Seolah rohnya sekarang sedang berusaha untuk bersemangat demi menerima sebarang berita tentang Ayah.Suara Ma yang menangis dan Syazwan yang sedang menenangkan Ma seolah tidak kedengaran di telinga Suhaila..Bajunya yang berlumuran darah dibiarkan.. Syazwiana membawakan baju persalinan untuk kakaknya.Di bawa kakaknya pergi jauh dari Ma.Mereka menuju ke tandas awam.Di situ Suhaila mandi dan menukar pakaian kepada pakaian bersih yang dibawa Syazwiana.Setelah itu,barulah Suhaila bersuara.
"Kita solat dik…Kita solat hajat…"Kata Suhaila sebelum melangkah ke surau hospital.
"Kakak…"Panggil Syazwiana.Syazwiana mengikut dari belakang.

Suhaila solat dan berdoa sepanjang Ayah berada di dalam bilik bedah.Syazwiana pula menemani Ma.Syazwan meriba Syahrain yang tertidur.Saat doktor keluar dari dewan bedah.Ma terus bertanya keadaan Ayah.Doktor mengatakan keadaan Ayah hanya bergantung kepada mesin bantu nyawa.Otak Ayah mungkin tidak dapat berfungsi lagi.Ma terduduk mendengarkan berita itu.Suhaila keluar dari surau menuju ke wad CCU setelah diberitahu bahawa Ayah telah dipindahkan kesana oleh Syazwiana.Dia masih tidak tahu berita sebenar.Sebaik sahaja berita itu sampai ke telinganya,sekali lagi air matanya tumpah.Namun dia hadapi dengan tenang.
"Setiap yang hidup telah ditetapkan semuanya.Hanyalah pinjaman sementara di dunia.ان للة وان الية راجعون."Kata Suhaila perlahan.
"Mungkin Allah masih memberi kita peluang untuk menjaga Ayah.Sebelum Dia mengambil kembali Ayah dari kita."Kata Suhaila sambil memeluk Ma.Air mata Suhaila mengalir.Namun dia cepat sapu sebelum Ma melihat.Dia mesti kuat kerana dia anak sulung.Kini dia adalah tempat Ma dan adik-adiknya bergantung.

"Abang,maafkan saya.Saya banyak bersalah kepada abang."Ma memegang erat tangan Ayah.Tangan Ayah dikucup berkali-kali.
"Maafkan saya abang."Air mata Ma tumpah lagi.Suhaila memerhati dari luar.Air mata bergenang di matanya.Walaupun dia cuba menahan air mata dari mengalir,namun saat Syazwiana memeluk dirinya,sekali lagi air matanya tumpah.
Selepas 2 minggu Ayah bertahan meneruskan hidup,akhirnya Ayah menghembuskan nafas terakhir disisi Ma.Pada waktu itu Ma sedang membacakan Surah Yasin.Ayah kelihatan tenang.Tiba-tiba mesin tekanan darah berbunyi.Tekanan darah mulai tidak dapat dibaca.Nafas Ayah menjadi semakin perlahan.Ma membisikkan shahadah di telinga Ayah.Sehinggalah nafas Ayah benar-benar telah terhenti.Doktor yang berada disitu mengisytiharkan waktu kematian setelah nadi Ayah tidak dapat dibaca.
Selepas 3 bulan kematian Ayah,kesihatan Ma mulai merosot.Suhaila cuba untuk menjaga dan merawat Ma.Walaupun dia sibuk kerana mengambil alih restoran yang Ayah tinggalkan.Dia yang sepatutnya menyambung pelajaran di bidang designer terpaksa membatalkan hasratnya.Masalah kewangan yang dihadapi menjadi semakin teruk kerana hutang dari ceti haram.

"Ingat,hutang kena bayar.Kalau tak dapat bayar jangan berhutang."Kata salah seorang dari konco Ahlong.
"Kalau kau tak bayar dalam masa terdekat ini,kau akan kami….."Tangan digenggam lalu lampu kaca kecil di atas kaunter ditumbuk.Kaca berderai di atas lantai.Sudah berkali-kali Suhaila digertak oleh Ah long.
'Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.'Dalam diam ada yang membantu.Lelaki ajnabi ini istimewa kerana bantuannya disambungkan ke badan amal.Khidmat katering yang baru ditawarkan oleh Suhaila sering dilamar orang untuk majlis-majlis besar.Kebanyakannya adalah majlis amal samada bersama anak yatim,warga tua,dan macam-macam program lain.Dia adalah Datuk Hasyim,pengarah urusan Syarikat Bumi Emas,sebuah syarikat perhotelan,pengangkutan,malahan terlibat dengan komunikasi.Ia juga merupakan antara syarikat terbesar di Malaysia.Semuanya kerana Suhaila pernah membantu beliau semasa berada di atas bas.Ketika itu beliau dari rumah anak yatim Kasih Ilahi.

"Ya Allah."Datuk Hasyim ditolak dan hampir terjatuh semasa ingin menaiki bas.Suhaila dengan cepat menyambar tangan Datuk Hasyim bagi mengelakkan Datuk Hasyim Dari terjatuh.
"Hati-hati pak cik.Budak-budak memang macam ni.Mereka masih belum matang berfikir."Kata Suhaila lalu mengambil barang Datuk Hasyim lalu diletakkan ditepi salah satu kerusi kosong didalam bas."Barang--barang pak cik saya letakkan kat sini."Kata Suhaila sambil senyum.Wajah Suhaila diamati sebelum beliau duduk.Suhaila menuju ke bahagian tengah bas kerana terdapat kerusi kosong.Tiba-tiba terdapat lelaki muda melintas lalu ingin duduk.Tetapi demi nak tunjuk gentleman dia menawarkan kerusi untuk Suhaila duduk.Suhaila menolak dengan baik.'Mungkin dia keletihan bekerja.Kakiku masih kuat.'Hati Suhaila mula memujuk.Segala gerak laku Suhaila diperhatikan oleh Datuk Hasyim.Sebaik tiba di hadapan restoran Air Tangan Ibu,Suhaila menekan loceng bas.Nama restoran itu menarik perhatian Datuk Hasyim.Suhaila memasuki restoran itu.

Rumah anak yatim Kasih Ilahi.Tempat Suhaila menghantar makanan pada hujung minggu kerana program Kasih Tuhan Pada Hambanya.Disitu dia belajar erti bersyukur, tabah, dan hidup untuk meraih kebahagiaan dengan redha Ilahi.

************************************************
"Adam Hakim,papa dah banyak kali call.Susah sangat ker nak jawap?Papa nak jumpa kamu di rumah utama dalam pukul 8 malam ini.Dan..ibu tak mahu dengar sebarang excuse dari kamu!"Mesin perakam suara berhenti selepas bunyi beep.Hakim berbaring diatas tilam empuk.Dia baru pulang dari hotel.
'Hm…sejak akhir-akhir ni senyap pula rumah jiran aku ni…Masih berkabung lagi ke?'Adam Hakim bangun dan berjalan kearah tingkap.Langsir diselak,lampu masih bernyala dibilik tingkat atas rumah.Kelihatan seorang perempuan masuk ke dalam bilik itu.Kedengaran suara adiknya menangis.Kakaknya datang memujuk.Adiknya dipeluk erat.Kepala adiknya diusap lembut.Hati Adam Hakim tersentuh melihat adegan kasih sayang antara mereka.Tulus dari hati.Setelah itu kelihatan kedua-dua adiknya keluar dari bilik.Lampu bilik sebelah menyala.kelihatan mereka solat bersama.
'Rumah itu ada cahaya…Darimu ku lihat cahaya itu….Kau adalah cahaya cinta..Sinarmu mempesona..' Eh?Tiba-tiba jadi jiwang pula..Adam Hakim kembali masuk kedalam bilik lalu kembali berbaring.Baru sahaja kepala menyentuh bantal,telefon berbunyi.
"Siapa pula yang mengganggu ni?"Telefon diangkat.
"Adam Hakim!!!!"Telefon dijarakkan dari telinga.Suara ibu bergema didalam telinga.
'Salam tak ada…'Adam Hakim bersandar pada kepala katil.
"Assalaamualaikum ibu."Adam Hakim memberi salam.
"Kenapa tak datang dinner tadi?Papa dengan ibu tunggu kat rumah utama.Nenek pun ada sekali tadi..Jangan sampai ibu pergi rumah kamu dan packing semua barang kamu bawa balik."Kata Ibu melepaskan geram.Dia mula bercakap tanpa noktah.Malahan Adam Hakim tak tahu bila ibu berhenti untuk ambil nafas.
"Hakim sibuk, Ibu.Kerja kat hotel tu berlambak.Lagipun Hakim baru sampai rumah."Kata Adam Hakim memberi alasan.Maka bermulalah ceramah dari ibu yang memang sayangkan dirinya.Intipati mengeratkan kembali hubungannya dengan papa merupakan topik utama dari Ibu.
"Papa tak suka Hakim berkawan dengan perempuan tu.Dia bukan perempuan yang baik."Hakim masih ingat kata-kata Papa semasa dia bercinta dengan Diana.Gadis serani yang sememangnya berwajah mulus.Dia bangga berkenalan dengan Diana.Semua orang akan tertumpu kepadanya.Egonya semakin meninggi.Hatinya kata Diana adalah miliknya.Namun apabila apa yang Papa katakan betul,dia berhijrah keluar dari rumah.Diana ditemui bersama lelaki lain dalam keadaan mengaibkan.Malahan lelaki itu bukan orang lain,sahabatnya sendiri.Dia malu dengan Papa dan Mama.


No comments:

Post a Comment