Sunday 21 August 2011

Sutera Kasih Bab 3

Sudah seminggu ummi dibenarkan pulang.Tetapi ummi masih belum sembuh sepenuhnya.Ummi yang minta agar keluar wad awal.Hari ini ummi dah nak pergi kerja.Dah puas Syifaa’ melarang ummi pergi ke tempat kerja tetapi ummi masih berkeras.
"Ummi kena hati-hati.Jangan buat kerja berat-berat.Ni ada bekal untuk ummi.Balik awal,okey?,"Syifaa’ masih rasa risau.
"Ummi tak apa-apa,sayang.Lagipun Ayah Man kamu akan hantar dan jemput ummi.,"Ummi mengambil tas tangan.
"Ayah Man,hati-hati memandu.Jangan lupa jemput ummi nanti.,"pesan Syifaa’ lagi.
"Hmmmm,ok,ok.Suka berleter betullah.Macam siapa agaknya."Ayah Man masuk ke dalam kereta.Ummi senyum.Syifaa’ bersalaman dan mencium pipi Ummi.Kemudian dia terus melompat ke atas basikal dan mengayuh laju ke sekolah.Dia sudah lewat.Ketika tiba di sekolah,perhimpunan sedang di jalankan.Cikgu Nazim membukakan pintu pagar untuk Syifaa’.Ini kali kedua nama Syifaa’ dicatat dalam buku disiplin kerana lewat.Dah tentu kena denda tetapi dia tidak sendirian.Terdapat seorang lagi pelajar lelaki yang datang lambat.Pelajar berkenaan datang dengan motorsikal.
'Datang dengan motorsikal pun lambat.Apa faedah ada motor?'Syifaa’ memandang motorsikal itu.Syifaa’ kenal motorsikal itu.Malahan jaket yang dipakai pelajar berkenaan.Dia adalah penunggang motorsikal yang sama yang membuatkan dia terjatuh dari basikal kelmarin.Sebaik jaket dibuka,barulah Syifaa’ tahu nama pelajar itu.Umar Irsyadiy.Semasa dia menulis nama, Syifaa’ tidak melepaskan pandangannya dari pelajar lelaki itu.
'Muka tak bersalah langsung.Dia sedar tak dia dah buat aku jatuh hari tu?'Mereka kemudian disuruh berdiri di tepi sekali di hadapan perhimpunan.Syifaa’ tunduk memandang lantai apabila setiap kali cikgu nak buat contoh sebagai iktibar, dia yang didenda menjadi contoh model terhormat.Selesai sahaja perhimpunan,semua pelajar kembali ke kelas masing-masing.
"Dari tadi awak tengok saya.Ada yang tak kena ke?"Soal Umar Irsyadiy.
"Perasan.."Kata Syifaa’ terus berlalu ke kelas.
Irsyadiy memandang kehairanan.”Pelik budak ni…Tiba-tiba marah kat aku.Tak betul ke apa?”
Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.Syifaa’ mundar-mandir di beranda."Entah-entah Ayah Man lupa tak."Syifaa’ mendail ke no Ayah Man.Lama,tapi tiada yang menjawab.Syifaa’ risau.Ummi belum pulang.Syifaa’ duduk bersila diatas buaian rotan.
"Ini sudah terbalik.Sepatutnya mak ayah yang risau kalau anak tak balik.Ni tak,anak pula yang risau mak tak balik lagi."Syifaa’ bersandar pada buaian."Zaman millenium la katakan.Mana Ummi ni?"Matanya kembali mencari kelibat kereta Proton Wira milik Ayah Man.Namun hampa.'Jangankan kereta,lampu kereta Ayah Man pun aku tak nampak.'
****************************************
Sudah sejam Suhaila menunggu tapi tiada pula tanda-tanda kelibat Azman datang.'Kata nak jemput tapi lampu kereta pun tak nampak.Nasib baik dah solat Asar tadi.'Tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti dihadapan Suhaila.Salah seorang turun dan menuju ke arah Suhaila lalu mengacukan pisau di perut Suhaila.
"Serahkan semua barang kemas,beg duit dan telefon tu."Kata lelaki itu."Jangan menjerit.Kalau tak,pisau ni akan korek perut kau."Ancamnya lagi.
Suhaila yang ketakutan menyerahkan beg tangan dan telefonnya.Tetapi,dia teragak-agak untuk menanggalkan cincin di jari manisnya.Cincin itu adalah pemberian dari suaminya.
Hakim baru sahaja selesai membeli air mineral dan ubat panadol.Semasa dia membuka pintu kereta, dia terpandang Suhaila yang ketakutan dari tempat letak kereta berdekatan.Dia baru sahaja keluar dari sebuah farmasi.Melihatkan lelaki berkenaan mengacukan pisau ke arah Suhaila dia tahu Suhaila dalam bahaya.Perlahan-lahan dia menghampiri mereka dan merentap pisau ditangan lelaki berkenaan.Lelaki yang sedang menanti di motorsikal turun dan memukul dengan topi keledar.Mereka bergelut.Suhaila menjerit meminta tolong.Lengan Hakim cedera kerana ditoreh dengan pisau.Orang ramai yang berada berdekatan segera memberi bantuan dan dua orang lelaki itu tertangkap
"Awak…awak berdarah.,"kata Suhaila.Cuba melihat siapa yang menyelamatkannya.
"Tak apa.Asalkan awak selamat,Hana.,"Hakim cuba berdiri.Suhaila terkejut.
"Aa..Abang!Eh tak,Hakim!"Dah 11 tahun dan Suhaila masih memangilnya begitu.Hakim senyum.Suhaila tidak menyangka suaminya masih ingat panggilan itu.Hana,lembutnya panggilan itu.Tapi suami dah jadi ex-husband.10 tahun terpisah,mungkin Hakim dah kahwin.
"Kita ke klinik dulu.Rawat luka awak,Hakim.,"kata Suhaila sambil mengambil kot Hakim di atas lantai,dan juga beg dan telefonnya.
"Kereta saya kat sana.,"kata Hakim sambil menunjukkan ke arah keretanya.Tangannya merasa kebas kerana darah banyak keluar.Suhaila mengikat tempat luka Hakim dengan sapu tangannya yang berwarna putih.
"Cuba awak bertahan.Kita akan sampai cepat ke hospital.,"kata Suhaila.Hakim bingung.
"Tadi Hana cakap nak ke klinik,kan?Tapi kenapa pula nak ke hospital.,"kata Hakim.
"Luka abang nampak serius.Kita ke hospital ye.Jangan takutlah.Tadi boleh pulak berlagak hero.,"kereta dipandu ke hospital berdekatan.Hakim senyum lagi apabila Suhaila masih membahasakan dirinya sebagai abang.Suhaila tersedar dia tersasul,terpaksalah dia menahan malu sepanjang perjalanan.Walaupun sudah 10 tahun,kau masihku cinta.Kenapa?'Suhaila menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.
"Awak tinggal di sini sejak dulu lagi ke?,"soal Hakim.
"Awak pula.macamana boleh berada di sini?Bisnes?.,"Teka Suhaila.
"Pada mulanya memang bisnes.Tapi sekarang papa berada di hospital sini.,"kata-kata Hakim sedikit mengganggu konsentrasi Suhaila pada pemanduan.
"Kenapa?Dato' kan sihat."Suhaila memandang Hakim.Kelihatan Hakim sedang menahan sakit.
"Abang,abang tak apa-apa,kan?"Macam orang bodoh je Suhaila bertanya.Apabila tiba di hospital,kereta terus dipandu ke bahagian kecemasan.Suhaila cuba mengejutkan Hakim yang semakin lemah.
"Abang,bangun..Jangan tidur,kita dah sampai.Abang takkan apa-apa.Hana akan tunggu abang."Para petugas segera mengeluarkan Hakim dari kereta dan meletakkan dia di atas strecher.Luka di tangan Hakim mendapat jahitan dan dibalut.Hakim tidak sedarkan diri.Dia kehilangan darah agak banyak dan terpaksa ditahan di wad.Suhaila menelefon Azman agar menjemputnya di hospital.
"Apa?Awak tak apa-apa?Saya datang sekarang.,"kereta Wira dipecut menuju ke hospital.
Suhaila meninggalkan pesanan melalui jururawat yang bertugas untuk Hakim.Kemudian dia menunggu Azman di lobi hospital.Sepanjang perjalanan pulang Suhaila berdiam.Walaupun Azman meminta maaf berkali-kali,Suhaila tetap berdiam diri.
******************************
Suria pergi ke hotel seperti biasa untuk bekerja sebagai pembantu di dapur.Dia hampir terlewat hari itu.Dia berlari dan melalui kawasan parkir kereta.Tiba-tiba kakinya tersadung dan dia terjatuh.Bagi menyokong badan dia bangun dan berpegang pada sebuah kereta sport.
"Hei,apa kau buat kat kereta aku ni?"Tuan punya kereta datang dekat dan memarahinya.Suria cuba minta maaf,namun tidak diendahkan malah Suria diejek dan di maki.Suria menjadi marah namun dia cuba bersabar.Ditarik nafas dalam supaya bertenang.Dia mengangkat beg sekolahnya.Malangnya beg sekolahnya yang mempunyai kunci rumah bergeser dengan pintu kereta lelaki berkenaan.Lalu menyebabkan kesan geseran bertambah.Lama mereka bertekak akhirnya Suria terpaksa bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM500.Sebaik sahaja tiba di dapur hotel,Suria dibuang kerja kerana kehadirannya yang lambat.
Suria merasa resah.Dimana dia nak cari duit sebanyak RM500.Tiada siapa yang akan membantu.Papa sudah tidak peduli lagi.Simpanan di bank sudah hampir habis.Keadaan Hanif hanya bergantung kepada ubat yang diambil.Sekarang dia dituduh merosakkan kereta dan dia perlu membayar ganti rugi.'Kanapa lelaki itu begitu angkuh dan tidak mempunyai belas kasihan pada gadis kecil sepertinya.?'Suria tahu dia bersalah tapi di mana dia nak cari duit sebanyak itu.Setibanya di rumah,papa sudah menanti di hadapan pintu.
"Assalamualaikum.,"kata Suria.
"Walaikumussalam warahmatullah.,"papa menghulurkan not-not RM100 kepada Suria.Suria agak terkejut dengan tindakan papa.
"Bayarkan kat tuan punya kereta tu.Lain kali hati-hati.,"papa masuk ke dalam rumah selepas menyerahkan wang itu kepada Suria.Suria mengejar dari belakang.
"Papa!,"Suria menghalang langkah papa."Macamana..?,"soalnya perlahan.
"Papa nampak kejadian tu.Masa papa nak ke pejabat tadi.Maafkan papa,sayang.Papa bersalah dan papa rasa dah lama papa abaikan kamu berdua..,"kata papa.
"Papa tak bersalah.Suria tahu,pemergian mama meninggalkan kesan kepada keluarga kita.Maafkan Suria sebab tak memahami.Maafkan Suria,papa.,"Suria menangis.'Alhamdilillah.Terima kasih Ya Allah.Kau telah kembalikan sinar di rumah ini.'
"Suria dah solat?Ajak Hanif,kita berjemaah.Papa pun baru balik sebenarnya.,"kata papa,senyum.Damai sekali.Suria mengesat air mata lalu senyum.
"Suria panggil Hanif sekarang juga.,"Suria berlari anak ke anak tangga menuju ke tingkat dua.
"Double H.Papa ajak solat sama-sama!,"Pintu bilik dibuka.Adiknya sudah siap berbaju melayu hijau pucuk pisang,berkopiah putih.Dia kelihatan kacak sekali.
"Ai kak,kata nak berjemaah?Mana kain sembahyang?,"Soal Hanif.
"Ye la.Tunggu kejap.,"Suria terus ke biliknya.Seketika kemudian,dia keluar dengan bertelekung putih dan sejadah di tangannya.
"Jom.Papa dah tunggu tu!,"Kata Suria.Wajahnya yang masih basah kerana air sembahyang kelihatan bersih sekali.Tenang dan mengasyikkan.
" الله اكبر."Papa mengangkat takbir selaku imam.Hanif dan Suria mengikut selaku makmum.Dengan tertib mereka mereka menyempurnakan rukun sembahyang.Usai sembahyang Isyak,doa dipanjatkan kehadrat Allah SWT diminta agar sinar bahagia di rumah ini tidak pudar dan semoga roh mama dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara orang-orang yang beriman.

*******************************

"Ummi.,:Syifaa’ memanggil dari belakang.Suhaila berpaling dan menghulurkan tangan lalu kedua-duanya bersalaman.Maafkan Syifaa’ dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkan makan minum Syifaa’ dari mula Syifaa’ dilahirkan sampai Syifaa’ dipanggil Allah SWT.," tangan ummi dicium.Ummi menarik Syifaa’ ke dalam pelukannya.Dahi Syifaa’ dikucup berkali-kali.
"Ummi maafkan.Ummi halalkan.Sayang ummi pada anak-anak ummi tak pernah berkurang,sayang.,"Pelukan dieratkan.Air mata yang menitis membasahi telekung putih yang dipakai oleh mereka.'Suria,di mana kamu nak….'

********************************************

"Hana.Hakim membuka mata dan memandang sekeliling.Bau ubat menusuk hidung cukup untuk memberitahu bahawa dia berada di hospital.Seorang doktor yang sedang melintasi di hadapannya dipanggil.
"Encik,er..Doktor!,"Suara Hakim sedikit bergetar.Dia cuba untuk bangun.Doktor muda itu berpaling lalu menghampiri Hakim.Niatnya untuk ke surau hospital terbantut seketika.
"Ya,encik.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?,"Doktor itu membantu Hakim bersandar supaya selesa.Hakim terlihat nama pada baju doktor muda itu.Dr. Ahmad.
"Doktor Ahmad,boleh saya tahu pukul berapa sekarang?"Soal Hakim.
"Erm..dah pukul 9.00 malam.Kenapa?"soal Doktor Ahmad bertanya.
"Saya belum solat lagi.Boleh bantu saya?"Hakim cuba untuk bangun daripada katil.
"Baiklah.Nanti saya akan ambilkan wheelchair untuk encik.,"Doktor Ahmad meninggalkan Hakim.Seketika kemudian dia muncul dengan sebuah wheelchair,baju melayu,kain pelekat dan kopiah putih.
"Lebih baik encik bersihkan diri dulu.Selepas itu kita solat bersama di surau hospital.Di sini ada pakaian bersih."senyuman doktor itu sungguh menyejukkan hati.
Seketika kemudian kelihatan dua orang pemuda sedang menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.Doktor muda itu menjadi imam dan Hakim menjadi makmum.Sesungguhnya Islam tidak membebankan,solat dapat dibuat mengikut kemampuan.Jika tidak dapat berdiri,solat dapat dilakukan dengan cara duduk dan mengikut kemampuan penganutnya.Alangkah indahnya agama Allah SWT.
امين والحمد لله"."Doa diaminkan.Keduanya bersalaman lalu doktor muda itu membantu Hakim duduk di atas wheechair.
"Terima kasih.doktor.,"
"Tak apa.Ini memang tugas saya sebagai doktor dan saudara seagama.,"Doktor itu menolak kerusi roda itu keluar dari surau.
"Saya ingin tanyakan sesuatu,boleh?"soal Doktor Ahmad.
"Boleh.Kalau saya boleh jawab,insya Allah saya akan jawab.,"jawab Hakim.Kerusi roda ditolak ke satu sudut di kantin hospital.Doktor Ahmad duduk di atas kerusi yang disediakan.
"Sebagaimana yang encik dapat lihat,saya adalah doktor muda.Itu cukup untuk buktikan saya kurang pengalaman.,"Doktor Ahmad merendah diri.
"Umur bukan ukuran.Yang penting doktor sentiasa berusaha untuk guna sepenuh masa dengan sebaiknya.Allah SWT telah beri masa yang cukup kepada makhluknya,cukup untuk menimba ilmu,mungamalkan dan dari situ pengalaman akan lahir.,"kata Hakim.
"Saya sedikit tertekan apabila perpaksa memberitahu keadaan sebenar pesakit.," Doktor Ahmad tunduk."Boleh berikan saya tips agar saya dapar atasi masalah ini?,"kata Doktor Ahmad lagi.
"Kenapa ajukan soalan begini kepada saya tidak pada doktor yang lebih berpengalaman?,"soal Hakim tenang.
"Ini kerana senior saya melarang saya terlalu rapat dengan pesakit.Kerana katanya belas kasihan dan sayang boleh mengganggu konsentrasi saya.,"kata Doktor Ahmad.
"Awak seorang yang berhati pengasih pada pandangan saya.Pasti ramai pesakit yang suka pada awak,doktor."Hakim senyum.
"Guna kasih sayang awak sebagai kekuatan untuk selamatkan pesakit.Masa depan pesakit untuk sihat dan sembuh adalah kuasa Allah SWT.Tetapi usaha awak memberitahu pesakit tentang penyakit mereka adalah langkah pertama untuk menyelamatkan mereka.Saya sebagai pesakit tentu sekali ingin tahu tahap kesihatan saya.Dengan itu saya akan dapat menerima rawatan dengan harapan akan sembuh.,"kata-kata Hakim diamati.Nasihatnya terus melekat dihati Doktor Ahmad.
"Maafkan saya,Encik Hakim.?,"seorang jururawat menegur.
"Ya,saya.Kenapa?Ada apa?,"soal Hakim.
"Di sini ada pesanan daripada seorang wanita yang hantar encik kat hospital petang tadi.,"jururawat itu menghulurkan nota kecil kepada Hakim.
"Hana?,"Hakim cuba mengingati kejadian petang tadi."Ya Allah,Hana!Barulah Hakim ingat luka itu adalah bukti pertemuannya dengan Hana.Nota kecil itu dibaca.'Maaf kerana tidak menunggu kerana abang sedar.Suhaila Hana.'
"Kenapa,encik?,"soal Doktor Ahmad.
"Orang yang saya cari-cari selama ini sudah ditemui.Tapi menghilang lagi.Hakim memandang Doktor Ahmad."Saya nak daftar keluar sekarang.Bolehkan doktor?."permintaan itu agak mengejutkan Doktor Ahmad.
"Erm.nanti saya tanyakan kepada Doktor Syafi.Mari,saya hantarkan ke katil encik.,"Doktor Ahmad bangun lalu menolak kerusi roda kembali ke zon kuning di emergency department hospital.

*********************************

"Papa,Kim dah jumpa Hana.,"Hakim sedang berkira untuk memberitahu Datuk Hasyim.Tetapi kata-kata itu tidak dapat diluahkan.Ini kerana dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk berjumpa dengan Suhaila Hana.Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Datuk Hasyim,wajah suram dan pucat sedang menanti di atas katil.
"Bagimana?jumpa Hana?Cucu-cucu papa?,"soal Datuk Hasyim dengan suara tersekat-sekat.Hakim tunduk dan membisu.Tiba-tiba tangannya dipegang erat.Dan menjadi semakin kemas.Datuk Hasyim mengalami kesukaran bernafas.Hakim panik.Dia menjerit memanggil doktor.Suasana menjadi kelam kabut.Hakim diminta menunggu di luar bilik VIP.Dimindanya berlegar-legar kata-kata papanya untuk bertemu dengan Hana dan anak-anaknya.Dia juga mengimbas kembali pertemuannya dengan Hana tempoh hari.Dimana dia hendak mencari mereka.Mungkin Hana ada disisi atau mungkin dia sudah tiada di sini.
"Ya Allah,di mana hamba dapat mencari isteri dan anak-anak hamba,?"Adam Hakim meraup muka dan bersandar pada dinding hospital.Tidak lama kemudian Doktor Syafiq keluar dari bilik Datuk Hasyim.
"Bagaimana keadaan ayah saya,?"soal Adam Hakim.Bahu Adam Hakim dipegang.
"Keadaan Datuk Hasyim sekarang stabil.Banyakkan doa dan sabar.Kalau boleh, jangan biarkan dia tertekan."Doktor Syafiq menepuk bahu Adam Hakim tanda memberi semangat.Kemudian dia berlalu pergi.

*********************************

Azman sedang berteleku di pejabatnya.Puas dia memikirkan tentang perubahan Suhaila terhadapnya.Dia bersandar pada kerusi empuknya,tapi dia tidak merasa selesa.
"Mungkin dia dah jumpa Adam Hakim."Akhirnya,itulah kesimpulan akhir yang keluar dari mindanya.Ini kerana dia tahu bahawa Hakim ada disini.
Sudah lama Azman cuba memenangi hati Suhaila.Dia sedar akan silapnya satu waktu dahulu.Dia adalah lelaki yang telah mempersia-siakan cintanya tatkala dia meninggalkan Suhaila disaat Suhaila kehilangan.Pada hari Suhaila perlukan tempat untuk bergantung,dia telah meninggalkan Suhaila tanpa sepatah kata.Semuanya demi wanita lain yang hadir dalam hidupnya.Hari perkahwinan dengan Shahirah adalah bersamaan dengan hari pengebumian orang yang bermakna dalam hidup Suhaila iaitu ayahnya.
Selepas Shahirah meninggal dunia akibat menderita barah payudara selama 2 tahun.Dia ingin memohon kemaafan dari Suhaila.Tapi Suhaila telah pun membina hidup baru bersama Adam Hakim. Tiada cinta yang diterima,hanya kemaafan dan persahabatan dihulurkan.Betapa mulia hati wanita itu.Namun kebaikannya disalah ertikan oleh keluarga Adam Hakim.Sekali lagi dia terluka lalu membawa diri jauh dari Adam Hakim.Cintanya?Hanya untuk suaminya,Adam Hakim.Lelaki yang memberi cahaya dalam hidup Suhaila Hana tatkala mendung menerpa keluarga Suhaila.Namun kisah bahagianya tidak lama.Kerana fitnah dia dihalau keluar oleh keluarga Adam Hakim.Apa mungkin kisah duka dia akan kembali?

No comments:

Post a Comment