Sunday 27 March 2011

Kisah Merisik dan Khitbah

"Assalaamualaikum…"Bunyi salam dari luar membuatkan aku terhenti dari membaca ayat suci Al-Quran..

"Wa'alaikumussalam.."Aku menjenguk keluar melalui tingkap dari bilikku.
Telekung sembahyang masih kemas dikepalaku.Kelihatan seorang wanita separuh umur dan 2 orang lelaki.Salah seorang darinya kelihatan agak berumur manakala yang satu lagi agak muda.Senyuman ibunya ku balas sambil berkata..

"Maaf,nak cari siapa?"Soalku sambil membuka pintu jendela lebih luas.

"Mak dengan Ayah ada?Mak cik ni kawan dia."Kata si ibu masih tersenyum. Manis sekali.

"Mak ada kat dapur,Ayah keluar sekejap ada kerja katanya..Jemputlah masuk.."Kataku sambil menutup langsir jendela dan berlalu ke dalam untuk mengenakan tudung di kepala.
Kemudian dengan segera aku memberitahu ibuku tentang kehadiran tetamu yang tidak aku kenali.
Ibu yang sedang membersihkan daging ayam segera memberhentikan kerjanya dan segera membasuh tangan dan mengelap pada kain yang sedia tersangkut di tepi apron.
Apron dibuka dan ibu membetulkan bajunya supaya nampak kemas.Dengan segera tudung di ambil dan dipakai.Selepas itu ibu berjalan ke ruang tamu menyambut kehadiran tetamu.

"Ya Allah...Jemputlah masuk."Ibuku mempelawa mereka masuk dengan mesra sekali.Aku berlalu ke dapur untuk membuatkan air minuman,rutin biasa melayan tetamu ku serahkan kepada ibuku..Dari dapur aku mendengar suara mereka tertawa bergurau senda.'Mesti kawan mak yang paling rapat.'Kemudian,ku bawa air untuk tetamu.Sengaja ku buatkan air limau sejuk.Kerana aku tahu mereka pasti dahaga kerana cuaca yang agak panas dan mungkin mereka menempuh perjalanan yang jauh.Aku sediakan Air kosong sekali kerana ku risau jika airku terlalu manis jadi mereka boleh segera minum air itu.Aku berlalu ke dapur sekali lagi.Tidak lama kemudian ibu masuk ke dapur.

"Mereka datang untuk melamarmu untuk anak lelaki mereka yang sulung.Baru balik dari luar negara.Lulus sarjana dengan kepujian dalam bidang usuluddin."Kata ibu ceria.Seolah ibu berkenan dengan anak sahabatnya itu.Kalau ada Ayah pasti ayah akan suruhnya fikir betul-betul.Tapi,Ayah masih belum pulang.Dimana ayah?
Aku mencuba untuk senyum di hadapan ibu supaya ibu dapat menerima keputusanku.

"Ibu,dengar dulu kata saya.Dari tadi saya perhatikan gelagat anaknya.Sejak dari mula dia sampai.Dan dia…tidak menjaga pandangannya dengan ajnabi.Malahan dari pandangannya saya dapat melihat ada niat tidak baik..Maaf ibu..Sampaikan padanya saya tidak dapat menerima."Kataku lembut.Aku berharap ibu mengerti.Namun ibu kelihatan marah.Wajah ibu yang tadinya manis,bertukar rupa.Masam mencuka.

"Assalamualaikum"Kedengaran suara ayah memberi salam membuatkan aku merasa lega.

"Waalaikumussalam."Jawab mereka serentak.
Ibu segera ke pintu depan dan bersalaman sambil mencium tangan ayah.Itu rutin biasa ibu sebagai isteri.Dan ayah akan mencium dahi ibu.Mudahan hati ibu sejuk dengan kucupan kasih sayang dari ayah.

"Wah,ada tetamu rupanya.."Kata ayah mesra sambil masuk dan bersalaman dengan dua lelaki yang datang bersama dengan perempuan tadi."Ada hajat ke ni?Lama tak datang,kenapa tiba-tiba sampai hari ni?"Ayah bertanya berseloroh.

"Kami datang ni nak tanya,puterimu dah ada yang tanda ke?Kalau belum,kami nak minta untuk putera kami ni."Kata si ibu.
Si anak membetulkan duduk dan senyum pada Ayah.

"Y a Allah,berita gembira buat kami.. Tapi sayang,puteri kami telah dikhitbah oleh sahabat karib saya untuk anaknya."Kata-kata Ayah terasa seperti halilintar yang memanah bumi,dan ia memanah terus ke hatiku.
Akhirnya mereka pulang dengan perasaan hampa.Selepas itu aku segera melangkah ke arah tangga untuk ke bilikku di tingkat atas.Namun Ayah sedar akan perubahan aku.Dia segera memanggilku.

"Ana Solehah Binti Abdullah."Tutur ayahku jelas membuatkan langkahku terhenti.

"Ayah ingin berbincang denganmu.Ke sini sayang.Duduk disisi Ayah."Lembut bicaranya membuatku jadi serba salah.Apa yang ingin Ayah katakan?

"Ingat lagi tak pada Khairul Iman?Kawan kamu semasa kecil?"Tutur Ayah lembut.
'Macamana boleh lupa,kerana dia aku dapat main banyak benda yang dia buat.Zaman kecilku indah kerana dia.Sedihku menjadi gembira kerana dia.'Hatiku berdetik.

"Kenapa Ayah?"Soalku ingin tahu.

"Ibu dan Ayahnya berjumpa dengan Ayah tadi.Mereka berkenan dengan Ana dan ingin mengambil Ana sebagai menantu mereka."Kata Ayah lagi.Ketika itu aku tidak tahu bagaimana dengan perasaan aku.Jantungku tidak Tachycardia,nafasku bukan dyspnoea.Hatiku tak ada pula rasa gembira,berbunga bahagia.Jika semua itu tidak,maka aku tidak jatuh cinta.

"Iman baru sahaja balik dari Jordan.Habis belajar terus saja dia buka sekolah untuk anak yatim dengan bantuan Ayahnya."kata-kata ayah bagaikan tidak lekat ke kepala ku.Iman….satu nama yang telah lama bersembunyi di dalam  kamus hidupku kini muncul kembali..Aku duduk disisi ayah.Senyap.Tidak tahu untuk mengiakan,menerima atau menidakkan,menolak.Dia tidak pernah kulihat selepas berpindah ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Luar negara.Dia seperti abang kerana sentiasa bersabar memujuk dan mendidikku.

"Kanapa tak pakai tudung?Sesuatu yang cantik mesti dilindungi untuk menjaga kesuciannya.Kalau Ana pakai tudung,insya Allah rambut Ana akan terhindar dari api neraka."
Tegurannya semasa aku berumur 10 tahun supaya bertudung ku terima dan sejak itu aku belajar bertudung,belajar menjadi muslimah.


No comments:

Post a Comment