Tuesday 29 March 2011

Indahnya bersama Kekasih Halal...

Hari ini,di hospital.Aku menaiki lif bersama sahabat…Destinasi kami berbeza.Aku ke tingkat 5 dan dia ke tingkat 7.Sebelum pintu lif tertutup,erdapat dua orang doktor masuk.Lelaki dan perempuan.
"6th floor dear?"kata Doktor perempuan.

Aku memandang kawanku.Aku bercakap tanpa suara, bertanya padanya.'Suami isteri ke?'
Kawanku jungkitkan bahu.'Tengok dulu.'

"Air sikit sayang."pinta Doktor lelaki.

Kami dengan mimik muka.'Suami isteri kot.'
Tetapi apabila lif berhenti di tinggkat 5,Doktor perempuan ingin keluar.Aku masih berkira ingin melihat adegan seterusnya.Bagi memastikan mereka adalah suami isteri kononnya.Tepat telahanku.Si isteri bersalaman lalu mencium tangan suaminya.Lalu suaminya mengucup dahi isterinya.

"Hati-hati sayang."Kata doktor lelaki kepada doktor perempuan itu.

Ku pandang sahabatku…'Sah Suami isteri.'Kami senyum.Rasa ingin ketawa kerana begitu ingin tahu apa hubungan mereka berdua.Dalam hatiku berdetik,ku inginkan Suami sepertinya.

Ni satu lagi kisah yang berlaku semasa aku berada di dalam komuter.Time tu,koc untuk wanita sahaja masih belum dipraktikkan.Masuk satu pasangan  lelaki dan perempuan yang bertudung.Si perempuan begitu pemalu apabila si lelaki menarik dan memegang tangannya.

Hatiku berdetik…'Suami isteri ke?' Malahan terdapat juga mata-mata pasangan kekasih mengekori pergerakan mereka.Hairankah?

"Nak duduk?"Soal lelaki kepada perempuan.Si perempuan menggeleng.Malu.Ada lelaki lain yang duduk di kerusi bersebelahan kerusi yang kosong itu.Si lelaki duduk.

Hatiku berdetik lagi.'Apa yang dia nak buat tu?'Time tu juga aku terpandang jari mereka.Kedua mereka memakai cincin di jari manis dan masih mempunyai kesan inai.'Sah suami isteri..'Kata hatiku yakin.Si lelaki menarik tangan isterinya…

"Duduk di sini."Katanya sambil menepuk pahanya.Wajah si perempuan merah menahan malu.Tangannya ditarik lagi lalu dia akur.Lalu duduk di atas riba suaminya.

Baru ku tahu, kenapa lelaki tu duduk dahulu.Supaya isterinya terjaga dari bersentuhan dengan lelaki lain.Betapa hebatnya cahaya cinta yang mereka sebarkan.Pasangan kekasih yang berada didalam koc yang sama mulai berlagak macam tidak kenal.Yang perempuan melepaskan pegangan tangan lalu memandang tajam kekasihnya.Kerana,malukah atau mulai merasa cemburu kerana masih belum menjadi kekasih halal? Indahnya cinta berlandaskan IMAN…...Melalui mereka ku lihat cahaya CINTA... 

1 comment: