Sunday 21 August 2011

Sutera Kasih Bab 2

Jam menunjukkan sudah 9 malam ummi masih tak balik lagi.Mak Cik Bibah sedang menjahit baju Pak Hamid yang koyak.Syifaa’ pula sedang mengulang kaji di ruang tamu.Keadaan dalam rumah yang sunyi dan tenang itu terganggu apabila telefon berbunyi lantang.Syifaa’ cepet-cepat bergegas untuk mengangkatnya.
"Assalamualaikum."Syifaa’ memulakan bicara seperti biasa.
"Ya,saya anaknya..kenapa dengan Ummi saya?"soal Syifaa’ menahan debaran.Tiba-tiba gagang telefon terlepas dari genggaman tangannya.
"Kenapa,Syifaa’?"Mak Cik Bibah terkejut apabila melihat Syifaa’ terkedu sambil air mata mulai laju mengalir membasahi pipi.
"Ummi..ummi kemalangan Cik Ummi kat hospital.Cik,Syifaa’ nak pergi tempat ummi."Syifaa’ menangis.Mak Cik Bibah menekapkan telefon ke telinganya.
"Helo..saya ibunya..kat hospital mana?Baiklah,terima kasih encik.,"gagang telefon diletakkan.Mari kita ke hospital."Kedua-duanya berlari anak ke rumah Pak Hamid.Abang Nazim terkejut apabila mendengar suara SyaSyifaa’ dan Mak Cik Bibah yang memanggilnya secara kelam kabut.Dari tingkap dia dapat melihat ibunya dan Syifaa’ berlari ke arah rumahnya.Syifaa’ menangis.Dia tidak dapat berkata-kata dengan baik.
Ummi kelihatan tenang.Dia masih belum sedarkan diri sejak dari mula-mula dibawa ke hospital.Kepala ummi pula berbalut putih dengan tudungnya.Ummi dihempap kotak-kotak stok lama yang berada di dalam stor ketika cuba mengemas barangan di dalam stor.Nasib baik luka ummi tak teruk tapi perlukan pemantauan terlebih dahulu kerana bimbang berlaku keretakan tulang dan komplikasi lain.
Ayah Man berlari masuk ke hospital.Sebaik sahaja dia menerima panggilan daripada Pak Hamid,dia terus bertolak ke hospital.Eqal turut bersamanya.Tetapi langkahnya terhenti apabila terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya.Adam Hakim,yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam lif.Adam Hakim,bekas suami Suhaila Hana.
"Apa yang dia buat kat sini?Tak kan dia tahu Suhaila berada di sini?,"Ayah Man berdiskusi sendiri."Tak mungkin"cepat-cepat dia hilangkan rasa gusar dihatinya.

*******************
"Assalamualaikum ayah.",Adam Hakim bersalaman dengan Datuk Hasyim.Datuk Hasyim dimasukkan ke wad kerana serangan Acute Myocardio Infarction.
"Waalaikumussalam.Baru lepas mesyuarat?."soal Datuk Hasyim apabila melihat Adam Hakim yang masih berkot.
"Ya.ayah apa khabar?,"soal Adam Hakim.Kot dibuka dan disangkutkan pada kerusi.Dia duduk di sisi ayahnya.
"Dah baik sikit.Insya Allah boleh keluar dari wad tak lama lagi.,"kata Datuk Hasyim.Tangan Adam Hakim digenggam erat.
"Ayah..,"Adam Hakim berkata perlahan.
"Kamu dah jumpa dengan Su?Macamana dengan cucu ayah?,"soal Datuk Hasyim.
"Ayah.Adam akan cuba cari mereka.Tapi ayah kenalah sihat dulu.,"kata Adam Hakim sayu.Sudah hampir 10 tahun,isterinya menghilang.Semuanya berlaku kerana fitnah.Kerana fitnah,dia kehilangan isteri dan anak-anaknya.Suhaila Hana,Nurain Syifaa’ Hana,dan Nurain Suria Hana.Sengaja dia letakkan nama Hana pada kedua anaknya itu kerana itulah nama terakhir isterinya juga nama panggilan isterinya semasa mula-mula kenal.
"Adam,ayah nak jumpa cucu dan menantu ayah sebelum Allah memanggil ayah untuk menghadapnya.,"tangan Adam Hakim digenggam erat,penuh harapan.
"Ayah jangan putus harapan dulu..ayah kena bersemangat..ayah kena sihat supaya dapat jumpa dengan cucu-cucu ayah dan Hana.Adam janji akan bawa mereka kepada Ayah."Kata Adam Hakim memberi semangat.Pintu wad dibuka dan masuk seorang wanita muda.
"Assalaamu'alaikum,Pak Long."Zarina bersalaman dengan Datuk Hasyim.
"Waalaikumussalam..,"Datuk Hasyim cuba membetulkan duduknya.Adam Hakim segera membetulkan bantal.
"Eh,Pak Long tak Payah bangun…Za datang ni nak minta maaf bagi pihak Mama.Abang,Za nak minta maaf.Maafkan Za dan Mama.Pak long,Abang,dah 10 tahun kita macam ni.Mama sakit sekarang ni.Pak long dia rasa bersalah."Zarina tunduk.
"Kami dah lama maafkan mama kamu.Dia masih di Perth ke?"Soal Datuk Hasyim.
"Tak,kami sudah berpindah ke Malaysia.Mama yang beria-ia nak balik.Tapi sekarang kami tinggal kat hotel sebab rumah lama belum dibersihkan lagi."Zarina menghampiri Adam Hakim.Lalu menghulurkan sebakul buah yang dihiaskan dengan beberapa kuntum bunga.Namun Adam bergerak ke tepi Datuk Hasyim untuk membantu ayahnya duduk dengan lebih selesa.Zarina cuba senyum walaupun hatinya sakit dengan kelakuan Adam Hakim.
"Bunga dan buah ni untuk pak long.Semoga cepat sembuh."Zarina meletakkan bunga di atas meja."Za nak minta diri dulu."Zarina kemudian keluar dari bilik wad Datuk Hasyim.
Sewaktu dia keluar,dia terlanggar Syifaa’ yang sedang membawa jag air.Adam Hakim melihat Syifaa’ beria-ia meminta maaf.Baju Zarina basah kerana terkena air yang tumpah kepadanya.
"It's okay.I'm fine."Zarina menahan marah kerana dia tahu Adam Hakim sedang melihatnya.
"Maaf..Saya betul-betul minta maaf."Syifaa’ menghulurkan sapu tangan.Tapi Zarina tidak mengendahkan dan terus berlalu.Sapu tangan terjatuh ke atas lantai.bulat mata Adam Hakim memandang sapu tangan itu.Terdapat sulaman tulisan nama Hana padanya.Sama macam yang dimiliki olehnya.Dia ingin mengejar Syifaa’.Tetapi,Syifaa’ hilang disebalik pintu di sebelah bilik Datuk Hasyim.Hakim mula mencari Syifaa’,tetapi tidak dijumpai.Apabila dia berpatah balik ke wad Datuk Hasyim, Syifaa’ baru sahaja memasuki lif bersama Ayah Man dan Abang Eqal.Hakim sempat melihat sahabatnya Azman memasuki lif bersama dengan Syifaa’.Dia berlari kearah lif.tetapi tidak sempat kerana pintu lif telahpun tertutup.
'Anak kamukah itu Azman?Atau anakku?Kemana kamu telah menghilang selama ini?'Hakim menjadi kelam kabut.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Akhirnya dia kembali ke wad Datuk Hasyim.Di ambil kot di atas sofa lalu berlalu keluar.Datuk Hasyim keliru dengan kelakuan Hakim.
"Kamu nak ke….."Kata-kata Datuk Hasyim terhenti bila hakim hilang disebalik pintu."Mana?"Pintu tertutup.

******************************

"Eqal,Syifaa’ tunggu kat depan.Ayah Man pergi ambil kereta dulu."Kata Ayah Man dan terus berlalu ke tempat letak kereta.Syifaa’ berdiri di hadapan pintu keluar hospital.Oleh kerana dia bersekolah keesokan harinya,dia tidak dapat menemani ummi di hospital.Abang Eqal pula terpaksa kembali ke asrama kerana cutinya hanya 2 hari sahaja.
"Abang nak beli air.Syifaa’ nak kirim apa-apa tak?"Soal Abang Eqal.
"Erm…ice lemon tea."Jawab Syifaa’.
"Tunggu kat sini kejap.Kalau Ayah dah sampai bagi tau abang ke kafe kejap."Abang Eqal berlalu ke kafetaria yang berdekatan.
Hakim terserempak dengan Syifaa’ semasa dalam perjalanan keluar dari hospital.
Dia mendekati Syifaa’ dan berkira-kira untuk menegur atau tidak.
"Assalaamualaikum."Sapa hakim.
"Walaikumussalam."Jawab Syifaa’ sambil tunduk.
"Tunggu siapa?"Soal Hakim.
"Ayah Man dengan Abang Eqal.Haa…tu dia.Sedang bawa air tu."Syifaa’ menunjukkan ke arah Abang Eqal yang sedang menjinjit air minuman.Syifaa’ ingin pergi ke arah Abang Eqal.
"Ayah Man kamu tu,nama dia Azman Hasbullah ke?"Soal Hakim.
"Ya.Pak Cik siapa?Kawan Ayah Man ke?"Giliran SyaSyifaa’ bertanya.
"Ya,pak cik kawan Ayah Man kamu.kenapa datang ke hospital?"Soal Hakim.
"Poonnn!"Syifaa’ terpaksa minta diri kerana sebuah kereta Proton Wira membunyikan hon.Syifaa’ segera berlari ke arah kereta itu.begitu juga dengan Abang Eqal.
'Are you married with her,Azman?"Soalan itu hanya mampu berlegar di ruang mindanya sahaja.

*********************************************************

"Siapa pak cik tu,Syifaa’?"Soal Abang Eqal.
"Ntah.Dia cakap dia kawan Ayah Man."Jawab Syifaa’ pendek lalu terus menghirup minuman di tangannya.Namun,fikirannya ligat berfikir.Dimana dia pernah jumpa dengan lelaki itu?Wajahnya seperti biasa dia lihat.Rasa dekat.
"Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali."Ayah Man berkata.kedengaran tegas dan muktamad.Ada sesuatu yang sedang berlegar di mindanya walaupun dia kelihatan sedang menumpukan perhatian kepada pemanduan.'Hakim,jangan kau ganggu hidup mereka lagi.'
"Ha,Syifaa’ lupa baca doa.Ya kan?"Abang Eqal menyakat Syifaa’ yang sedang minum.Syifaa’ tersedak.
"Dah bacalah,dalam hati."Jawab Syifaa’,menipu.Tapi dia memang terlupa baca doa tadi."Bismillaahi awwaluhu wa aakhiruhu.Bismillaahirrahmaanirrahiim."perlahan sekali dia baca doa.Tak mahu Abang Eqal dengar.
"Abang Eqal perasan akan tindak tanduk Syifaa’ yang sedang mengaminkan doanya."Abang nampak tu.Syifaa’ kalau dapat makanan Semua dia lupa.Syifaa’ tahu tak berdosa tau menipu."
"Abang!."Syifaa’ memukul Abang Eqal yang duduk disebelah Ayah Man dengan kotak tisu."Kalau tak sakat orang,tak boleh hidup ke?"Syifaa’ geram.
"Abang rindu kat adik abang ni.Dulu ada dua,sekarang dah tinggal satu.,"jawab Abang Eqal.Riak wajah Syifaa’ berubah.Tiba-tiba dia teringat kepada adik kembarnya Suria.Hilangnya Suria bersama dengan keceriaan ummi.Peristiwa itu berlaku sewaktu mereka berdua berumur 5 tahun.Suria hilang di taman permainan ketika mereka berdua sedang menunggu ummi datang menjemput mereka dari TASKI.(Taman asuhan kanak-kanak Islam).
Syifaa’ mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.Walaupun Abang Eqal cuba mengusiknya tetapi tidak lagi dia endahkan semua itu.
"Di mana adikku?Dimana Suria sekarang?Macamana keadaan dia?Bahagiakah atau menderitakah dia?."Hati SyaSyifaa’ sebak.Air mata gugur juga tatkala dia melangkah ke dalam rumahnya.SyaSyifaa’ terus ke biliknya dan membuka pintu almari.Terdapat gambarnya dan Suria sewaktu kecil tertampal pada pintu almarinya.Sudah 1 tahun dia tinggal sendirian di dalam bilik itu.Ummi menyediakan dua katil,almari dan meja tulis.Kalau-kalau Suria akan pulang dan dia akan tinggal di rumah ini.Hadiah hari jadi untuk Suria sudah hampir penuh di dalam almari.SyaSyifaa’ duduk disisi almari dan menangis.
***********************************
"Kak Suria!."Hanif melemparkan bantal kepada Suria yang sedang membaca buku.Suria memandang Hanif dengan geram.Kecut perutnya apabila dijerkah/sergah begitu.
"Hanif Hakimi.Double H.Tak boleh ke kamu duduk senyap-senyap dan jangan ganggu kakak.,"Bantal dilempar kembali kepada adiknya itu.
"Kak,Hanif sakit ni.,"Hanif menyambut bantal yang dilemparkan kepadanya.
"Orang lain sakit jugak,tapi senyap je tak macam kamu.Entah betul ke tak sakit dia ni.,"Suria terus mengemas buku.Bila dah keluar dari wad nanti,jangan nak ponteng sekolah pulak.Kakak akan cari sampai ke lubang cacing dan kalau kakak jumpa..nahas kamu kakak kerjakan.,"Buku-buku dimasukkan ke dalam beg sekolah.
"Hanif betul-betul sakitlah,kak.Tapi Hanif ni kuat sikit daripada mereka tu.,"kata Hanif.
"Ya,kuat bercakap.Cuba senyap sekali je.,"Suria kemudian mengambil nasi bungkus di atas meja.
"Okey.kakak suap.Hanif lapar la.,"Hanif bangun dan bersila di atas katil.Suria menarik kerusi menghampiri katil adiknya.
"Kamu makan banyak tapi tak sihat-sihat jugak.Please,kakak minta tolong,jangan sakit lagi menyusahkan orang,tau tak.!,"Sudu disuakan ke mulut Hanif. "Bismillahirrahmanirrahim,"seraya kalimah suci itu keluar dari mulutnya.Hanif ketawa.
"Kakak ni macam orang tua.Macam ustazah.Ya ustazah.,"Mulut Hanif penuh dengan nasi.Baru dia senyap.
"Senyap dan makan.,"Suria menyuapkan nasi ke mulutnya pula.Sejak dari pagi lagi dia tidak makan.Sudah hampir 3 tahun mama meninggal dunia.Papa pula dah tak macam dulu lagi.Dia menjadi pendiam dan mudah marah.Kini,Suria terpaksa bekerja sambilan di sebuah restoran.Papa sudah tidak bersemangat untuk ke tempat kerja.Manakala Hanif pula asyik keluar masuk hospital sejak akhir-akhir ini.Semua ini membebankan bagi remaja yang baru berumur 16 tahun sepertinya.
"Maaf dik.Doktor Naufal nak jumpa ayah adik di pejabatnya.,"Seorang jururawat masuk.Suria bangun.
"Papa saya tak ada sekarang.,"kata Suria.
"Kalau macam tu adik boleh ikut saya ke pejabat Doktor Naufal?,"Soal jururawat muda itu.
"Ya.Double H,duduk senyap-senyap kat sini!,"kata Suria tegas seraya berlalu pergi bersama jururawat itu.Hanif hanya menjungkitkan bahu dan minum air di dalam gelas di sisinya.



"Tuk,tuk,tuk.,"ketukan pintu yang bertalu-talu mengganggu konsentrasi doktor muda itu.
"Masuk.,"Doktor itu meletakkan laporan perubatan Hanif di atas mejanya.Suria masuk dan berdiri di belakangnya.
"Encik,..er..cik.,"Doktor itu agak terkejut melihat Suria yang masih berpakaian sekolah."Er..sila duduk.Mana ayah Hanif Hakimi?,"soalnya.
"Tak dapat datang.Dia ada urusan penting hari ini.,"Bohong Suria.Apalah urusan papa.Hanya berteleku di makam mama yang sepi sepanjang hari.Suria duduk dan Doktor Naufal mengambil laporan Hanif.
"Kamu ni saudara Hanif Hakimilah ye…,"Doktor Naufal tersandar pada kabinet buku di belakangnya.Terkejut mungkin.
'Saya kakak dia.,"Suria menahan ketawa melihat wajah Doktor Naufal yang kehairanan melihatnya.Mungkin ini kali pertama dia berhadapan dengan kes macam ni.Bukan penjaga yang dewasa yang ditemui tapi pelajar sekolah menengah.
"Em..laporan kesihatan adik Hanif dah keluar dan diagnosis awal menunjukkan dia mungkin menghidap kegagalan fungsi buah pinggang.,"kata-kata Doktor Naufal menyentap tangkal hati Suria.Adiknya sakit,dan ini bukan penyakir biasa.Dia pernah melihat keadaan pesakit yang menghidap penyakit ini dalam Medik TV.
"Serius ke keadaan penyakit adik saya?Dia boleh sembuh,kan?,"soal Suria bertalu-talu.Air matanya hanya menanti untuk menitis.
"Adik,keadaan adik Hanif belum dapat dipastikan lagi.Saya harap adik boleh memaklumkan kepada ayah adik tentang Hanif.Kita akan beri rawatan susulan kepada adik Hanif,"Doktor Naufal cuba untuk mengurangkan kebimbangan di hati Suria.
"Tapi doktor,adik saya tak perlu jalani rawatan dialisis kan?,"kata-kata Suria membuatkan Doktor Naufal terpegun."Maksud saya,adik saya tak perlu ulang-alik ke hospital untuk rawatan ini,kan?,"kata Suria lagi.
"Em,setakat ini saya hanya akan bagi transkripsi beberapa jenis ubat yang harus diambil oleh adik Hanif.,"kata Doktor Naufal.Suria tunduk.Air matanya menitis di atas kain sekolahnya.Perlahan air mata diseka.
"Er..bila adik saya boleh keluar doktor?,"soal Suria,masih tunduk.
"Insya Allah,lagi dua hari adik Hanif boleh balik.Buat masa ni kami nak pantau dulu tahap kesiahtan dia,"Doktor Naufal duduk di hadapan Suria.
"Adik kena kuat dan sabar.Banyakkan berdoa,insya Allah adik Hanif akan sembuh."kata Doktor Naufal lembut.Tersentuh hatinya apabila melihat Suria yang sedang menangis.'Betulkah tindakanku?'kata hatinya.
"Terima kasih,doktor..Saya…Minta diri dulu.,"Suria bangun dan keluar dari pejabat Doktor Naufal.
Doktor Naufal meraup mukanya.Hari ini dirasakan lambat berlalu.'Betulkah tindakanku memberitahu remaja itu keadaan adiknya?Dia masih terlalu muda untuk dugaan seberat ini,ya Allah.Baru semalam dia ketawa riang sambil bercerita kejadian di sekolah kepada adiknya.Dan hari ini dia menangis.Ah,betulkah tindakanku?'Lama Doktor Naufal berteleku.Dia duduk dan bersandar pada kerusinya.Hanif merupakan pesakitnya yang pertama sejak dia menjejakkan kaki ke hospital ini.
Suria tiba di rumah pada jam 9 malam.Dia pulang dengan jirannya yang merupakan pemandu teksi.Setiap hari itulah rutin hariannya.Keluar seawal 6.30 pagi dan menghantar surat khabar,kemudian ke sekolah.Selepas itu,dia bekerja pula di restoran sebagai pelayan.Kepulangannya pda hari itu tidak disambut mesra oleh papanya.Sebaik sahaja pintu dibuka,dia dipukul.
"Apa yang dah kau buat kat luar,hah?,"sergah papa.
"Sakit papa.,"kata Suria dalam tangisan.Dia dipukul bertalu-talu.
"Oh,sakit.Sakit telinga aku bila orang kata kau buat kerja tak senonoh kat luar tu,kau tak kira?."Papa mengambil majalah lalu digulung."Aku tak ajar anak aku buat kerja macam tu.Kalau macam ni,baik tak payah kerja.Nampak aje pakai tudung.,"Papa masih marah.
"Kalau Suria tak kerja,siapa nak biaya hidup kita?,"kata Suria berani.Dia dipukul pula dengan majalah.
"Oh,melawan.Kau nak apa?Kalau setakat duit,papa boleh bagi.,"Papa hilang kawalan,dia memegang kepala Suria,lalu dihempap ke kerusi.Suria menangis.
"Tapi mana?Suria bukan nak papa bagi duit,"Kata Suria.
"Apa lagi yang kau nak,hah?,"Suara papa bergema di dalam rumah besar itu.
"Suria nak papa yang dulu.Papa yang sayangkan Suria dan Hanif.Suria nak papa yang prihatin terhadap keadaan anak-anak papa.,"kata Suria.Walaupun dia ,menangis dan dalam kesakitan dia masih berani untuk bersuara.
"Kau..!Apa yang kurang dalam rumah ni?Semua ada.,"kata papa.
"Ya.Kecuali Papa.Papa dah tak ada lagi untuk tahu tentang penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh Hanif!,"Suria menjerit dan berlari ke biliknya.Papa terduduk mendengar kata-kata Suria.Majalah jatuh ke lantai.Mukanya diraup. "Astaghfirullahalazim.,"kata papa.Dia baru sedar akan kesalahannya.Dia teringat pesanan arwah isterinya sebelum meninggal.
"Abang,tolong janji dengan Lia.Jaga anak-anak kita dengan baik.Mereka amanah Allah kepada kita.Lia mungkin tak dapat berada di sisi abang untuk mendidik anak-anak kita.,"kata Alia.
"Maafkan abang,Alia.Abang tak mampu..,"Papa menangis di sofa.Majalah dilempar ketepi dinding…Suria bersandar pada dinding biliknya selepas pintu ditutup.Air mata disapu dengan lengan baju.Tangisan papa jelas kedengaran dari luar.'Papa menangis..'Air mata Suria kembali mengalir laju di pipi.
"Maaf papa.maafkan Suria kerana biadap dengan papa…Maafkan Suria.."Suria duduk perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment