Sunday 6 March 2011

Siapa yang pernah jatuh cinta?

Seorang bayi yang tidak kenal sesiapa.....pernah jatuh cinta apabila merasa tenang melihat wajah ibunya...Dari situ dia mula belajar bercinta.Cinta ini tulus dari hati yang bersih...Cinta anak kepada ibunya...

Cinta Si ibu yang sering dicanang tetapi seperti kurang didengari oleh si anak juga merupakan cinta suci...Cinta ini selembut sutera...Sekuat sutera...Lembut membelai,melindungi...

Cinta yang paling kuat kedengaran adalah cinta palsu...Apa yang palsu?Pernahkah kita terfikir,cinta yang kita jaga antara lelaki dan perempuan,tidak berlaku curang,setia pada si dia masih lagi bernama cinta palsu?Kerana apa?Kerana nafsu yang membalutinya.Cinta suci adalah cinta yang lahir kerana Allah.Bila cinta lahir kerana Allah maka dengan sendiri ia akan terjaga.Kesuciannya akan dijaga sebaiknya...Kita sebagai muslim telah diajar agar menjaga kesucian...Kerana Allah sangat menyukai kesucian..Maka diberi panduan agar kita menjaga kesucian..Sucinya seorang manusia apabila dia menjaga batas-batas dalam kehidupannya..Menjaga adab dalam pergaulan.Menjaga auratnya,hatinya,mata,tangan,anggota badannya,perkataannya,suaranya,agar tidak ada sebarang laluan untuk pengintip yang meniup bisikan dosa ke arahnya memalit kotoran neraka kepadanya... Kuatnya iman terletak pada kekuatan aqal dan hati dalam menahan nafsu dan godaan syaitan...Mulakan cinta dengan mencintai Allah dan Rasulullah barulah akan terasa kemanisan cinta sejati yang suci dan hakiki....Say no to lover before married...Say yes to lover after aqad nikah.

No comments:

Post a Comment